Rabu, Oktober 15, 2014

Pimpinan ABIM adakan siri pertemuan dengan pemimpin kerajaan pusat dan negeri.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM. 
I
Pimpinan ABIM adakan siri pertemuan 
dengan pemimpin kerajaan pusat 
dan negeri.  
Atas rasa keprihatinan dan tanggungjawab, Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pemimpin kerajaan pusat dan negeri. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan semangat kerjasama, selain mengajukan serta membincangkan beberapa isu semasa yang menuntut kepada kecaknaan bersama. 


II
Kunjungan Hormat Ke Atas 
Dato’ Seri Zahid Hamidi.
Alhamdulillah, pada 9hb Oktober 2014, Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengunjungi Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri AhmadZahid bin Hamidi, pada jam 5.30 petang di Pejabat Menteri, Kementerian Dalam Negeri. Dilahirkan pada 4hb Januari 1953 di Bagan Datoh, beliau pernah menulis naskah ‘Pidato Politik : Menjana Kredibiliti, Mendepani Khalayak’, terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Dalam kunjungan tersebut beberapa perkara telah diajukan: antaranya berkaitan Akta Hasutan, IS di Syria, kedatangan Ulil Absar ke Malaysia dan isu hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. ABIM juga telah menyampaikan surat bantahan terhadap kehadiran Ulil Absar ke Malaysia berasaskan pandangan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pertukaran pandangan berkaitan isu ekstremisme dalam kalangan generasi muda telah dibincangkan. Ia amat penting, memandangkan ia perlu ditangani dengan pendekatan hikmah dan bijaksana.
ABIM mengusulkan agar tindakan memartabatkan Mahkamah Syariah perlu dilaksanakan segera agar insiden Natrah kedua tidak berlaku. Semoga kunjungan ini membuahkan kesejahteraan kepada Malaysia negara yang kita cintai ini.

III
Kunjungan Hormat Ke Atas 
YB Tuan Haji Mohamed Azmin Ali.
Para pimpinan ABIM turut menziarahi YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan HajiMohamed Azmin Ali. Beliau memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dan Penerangan.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah hubungan antara kaum dan agama yang mengangkat tema ‘rahmatan lil ‘alamin’. Persoalan umat di Selangor seperti pendidikan percuma, pendidikan bersepadu dan kegelisahan generasi muda terhadap harga rumah yang semakin mahal, turut dibangkitkan oleh pimpinan ABIM dalam pertemuan tersebut.
Para pimpinan ABIM melahirkan rasa bersyukur dengan hasrat YB Haji Azmin yang ingin melihat kerjasama yang akrab antara kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan  (BBK – NGO) dalam membina kesejahteraan negeri.

IV
Kunjungan Hormat Ke Atas 
YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad.
Pada tanggal 14hb Oktober 2014 pula, pimpinan ABIM Pusat dan Negeri Selangor mengunjungi YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau merupakan seorang ADUN di kerusi N32, DUN Seri Setia, Kelana Jaya, Selangor. Beliau lahir pada 12hb Januari 1982 di Kuala Lumpur dan tinggal di Petaling Jaya, dan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi Dan Inovasi.
Beliau juga telah mengarang dua buah buku, ‘Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21 (Moving Forward: Malays for the 21st Century)’ dan ‘Coming of Age: A Decade of Essays 2001-2011’.
Dalam pertemuan tersebut, pimpinan ABIM mengutarakan cas yang tinggi dikenakan oleh PBT bagi membina sebuah kompleks kebajikan untuk umat di Selangor. Secara tuntasnya, bukan keuntungan yang dicari oleh ABIM, tapi keberkatan bersama. Semoga perkara ini mendapat perhatian kepimpinan baru Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.
Sejahterakan Malaysia dengan Dakwah. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Padu.

Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 



V
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS



Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
VI
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia;
  3. https://www.facebook.com/pkpimalaysia?fref=ts;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/05/pimpinan-abim-dan-pkpim-di-konvensyen.html;
  5. http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/90.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan