Khamis, Oktober 30, 2014

Pemimpin Melayu Sri Lanka kunjungi CEO MLL4S.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Saudara Jufitri Bin JohaPengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.

merangkap CEO MLL4S, 

Penolong Setiausaha Agung ABIM: 
Saudara Ahmad Fahmi Samsuddin
Mantan Presiden PKPIM.

I
Pemimpin Melayu Sri Lanka 
kunjungi CEO MLL4S.
Alhamdulillah, pada 21hb Oktober 2014 (Selasa), Presiden Persidangan Melayu Sri Lanka (COSLAM)Tuan Haji Khaludeane Azoor LL.B., telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Life Line For Syria merangkap Ketua Biro Tugas-Tugas Khas ABIM, Saudara Syahrir Azfar Saleh, di Sekretariat MLL4S, di Wangsa Maju. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Penolong Setiausaha Agung ABIM, Saudara Ahmad Fahmi Samsuddin
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan T.K. Azoor telah mengenali Saudara Syahrir dan Saudara Fahmi  sejak tahun 2008 ketika kedua-duanya masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan mengikuti ‘Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka’ di bawah Grup Pengkaji Tamadun Dunia Sri Lanka (GPTD-Sri Lanka).
Pasukan seramai 6 orang itu telah berlepas dari KLIA pada, 15hb November 2008. Para pembaca yang budiman boleh mengikuti perjalanan mereka di Colombo, Hambantota dan Kurunegala (Hampir separuh daripada keluasan negara Sri Lanka ketika pasca Tsunami) pada pautan ini:
Ketika ini, Tuan T.K. Azoor berkhidmat sebagai peguam sepenuh masa dan beliau juga pernah berkhidmat selaku Pengetua (Principal) Kolej zahira di Colombo, Sri Lanka. Beliau berada di Malaysia dalam beberapa acara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Melaka.


II
Pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP.
Selanjutnya, Tuan T.K Azoor turut melakukan kunjungan terhadap sahabat lamanya yang juga Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Haji Awang Sariyan. Pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan ‘Hari Bahasa Melayu Ke-9’ di Colombo pada bulan Januari 2015. Terdapat kira-kira 60 ribu orang waris Melayu di Sri Lanka.
Dr. Awang Sariyan, yang turut dikenali sebagai ‘Kembara Bahasa’, pernah menulis berkenaan budaya Melayu Sri Lanka dalam naskah ‘Warisan Melayu Sri Lanka’ terbitan DBP. Buku ini ditulis bersama-sama Tan Sri Profesor Emiritus Dato' Pendita Dr. Ismail Hussein (Almarhum).
Beliau sebelumnya merupakan Profesor Bahasa di UPM dan UM, Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing Foreign Studies University; penulis buku ilmiah, buku umum dan buku teks; perunding bahasa di dalam dan di luar negara; pernah menjadi Profesor Tamu di Universiti Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara dan pemakalah di pelbagai persidangan, termasuk di Australia, Belanda, Cambodia, Indonesia, Jerman, Korea Selatan, Perancis, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand, dan United Kingdom.
Di UKM, Dr. Awang berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Persuratan (1976), Ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian Kelas Dua Atas) (1977) dan Diploma Pendidikan (1977). Dr. Awang pernah melakukan kerja sambilan dengan menjadi guru Bahasa Melayu dan Kertas Am di Yayasan Anda Akademik yang pada waktu itu terletak di Kampung Baru dan kemudian berpindah ke Jalan Pantai Baharu. Di Yayasan Anda itulah beliau mengenal beberapa orang tokoh gerakan belia Islam, seperti Anwar Ibrahim (kini Dato’ Seri) yang menjadi Pengarah Yayasan Anda di samping menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Kamaruddin Mohd. Noor (kini Dato’) selaku Pendaftar Yayasan Anda, Ustaz Mohd. Mina Ismail, Ustaz Othman Bakar dan beberapa yang lain. Pada waktu itu, Ibrahim Ali, Abdul Rahman Rukaini dan Fuad Hassan turut mengajar di Yayasan Anda, juga sebagai guru sambilan. 
Di kampus UKM, Dr Awang giat menulis untuk akhbar dan majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Sarina, Dian, Potensi, Akademik, Widya, Santa Jiwa dan beberapa yang lain lagi, di samping wadah penerbitan kampus seperti akhbar Gema Siswa, majalah Semesta, majalah Suara Bangi dan pelbagai buletin persatuan.
Antara hadiah dan anugerah yang pernah diperolehnya termasuklah Hadiah Persuratan Sambutan 10 Tahun UKM, Anugerah Khidmat Cemerlang DBP, Hadiah bahasa PLM-Public Bank, hadiah dua Dekad UPM, Anugerah Tinta Kencana (kategori Makalah Ilmiah), Pengiktirafan Siswazah Cemerlang Sambutan 35 tahun UKM dan Kesateria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong.






III
Pertemuan dengan Presiden GPTD.

Kemudian, pada 22hb Oktober 2014 pula, satu pertemuan telah diadakan di antara Tuan T.K Azoor dan Presiden GPTD, Saudara Muhammad Suhail di Lantai Tiga, Gombak. Tuan Azoor telah menjadi rakan perhubungan GPTD sejak tahun 2004 lagi. Antara yang dibincangkan ialah program-program kerjasama yang boleh dijalankan, terutamanya dalam mengembalikan jati diri Melayu seperti kem bahasa Melayu dan sebagainya. GPTD juga berhasrat untuk menghantar lebih ramai sukarelawan ke Sri Lanka, sebagai pusat latihan dan khidmat bakti kepada masyarakat Melayu-Islam khasnya.
Dalam pertemuan tersebut, Tuan Azoor juga sempat menceritakan kehidupan muslim Sri Lanka sekarang. Turut hadir ialah Saudara Akmal, yang terlibat dalam projek pertama Sri Lanka (2004) dan Puan Ain Najwa, Ketua Grup GPTD Sri Lanka (2008).
Salam buat teman-teman di Sri Lanka!


IV
2009 dan Kerjasama PKPIM-GPTD-ABIM.
Pada 20hb Oktober 2009, Ahli-ahli GPTD Sri Lanka telah menghadiri satu pertemuan di antara Naib Presiden Antarabangsa ABIM ketika itu, Saudara Khairol Faiz Morat dan Tuan T.K. Azoor. Antara mereka yang hadir bersama adalah Saudara SyahrirAzfar, Syed Putra Iqmal (PMUIAM Nilai), dan juga Saudara Hanis Zakaria (UIAM Gombak). Tuan Azoor yang menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UIAM pada 10hb dan 11hb Oktober 2009, mengambil kesempatan tersebut untuk menziarahi kenalan-kenalan lama sekaligus merapatkan hubungan antarabangsa di antara dua buah negara ini.
Menurut Tuan T.K. Azoor, beliau menyokong penuh kerjasama di antara Badan Bukan Kerajaan (BBK-NGO) PKPIM-GPTD-ABIM dan juga BBK-NGO di Sri Lanka, dan memuji kepekaan serta semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh generasi muda dalam gerakan PKPIM-GPTD-ABIM.
Selain itu, Tuan T.K. Azoor turut menyatakan rasa gembiranya untuk kembali bertemu dengan kenalan-kenalan lama setelah sekian lama tidak berhubung. Bagi beliau, pertemuan berkala begini adalah amat baik di samping dapat mengeratkan silaturrahim dan juga saling bertukar dan berkongsi pandangan mengenai masalah-masalah berbangkit dan juga isu semasa.

V
Kolej Zahira, Colombo
Zahira College (Kolej Zahira), Colombo merupakan sekolah orang Islam pertama di Sri Lanka dan telah diasaskan pada 1892 sebagai ‘Al-Madrasathul Zahira’ oleh dua orang tokoh Muslim yang tersohor, I. L. M. Abdul Aziz dan Arasi Marikar Wapchie Marikar, dengan bantuan Ahmed Orabi Pasha dari Mesir. Kini, ia merupakan institusi pendidikan Islam terbesar di Sri Lanka dengan lebih 4,000 orang penuntut di sana. Kolej ini terletak di tengah-tengah Bandar Colombo. Di kolej ini juga terletaknya masjid tertua di  negara tersebut. ‘Zahira’ bermaksud ‘cemerlang’ dalam bahasa Arab. 

VI
Melayu Sri Lanka
Bangsa Melayu Sri Lanka merupakan bangsa minoriti di Sri Lanka berbanding bangsa Tamil dan Moors (darah campuran bangsa Arab dan Tamil). Mengikut peratusan penduduk, bangsa Melayu hanya beberapa peratus dari keseluruhan penduduk Sri Lanka. Kebanyakan orang-orang Melayu di Sri Lanka tinggal di kawasan persisiran pantai seperti di Hambantota. 
Menurut sejarah, orang Melayu Sri Lanka telah mula wujud dan menetap di Sri Lanka sejak kurun ke-13 lagi. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan bangsa Melayu berhijrah ke Sri Lanka lama dahulu. Faktor pertama adalah kerana askar-askar Melayu dari kepulauan Melayu di hantar ke Sri Lanka bagi membantu British di sana. Mereka digelar sebagai Orang Rejimen (Ceylon Rifle Regiment of Malays).
Mereka sangat dihormati dan diberikan gelaran-gelaran tertentu kerana keberanian dan kesetiaan mereka. Akhirnya, askar-askar ini memilih untuk menjadi penduduk tetap di sini dan mereka telah dianggap sebagai kaum elit yang menerima pelbagai kelebihan dari kerajaan British.

 
 
VII
Kelompok kedua Melayu 
Sri Lanka.
Kelompok kedua yang menyebabkan wujudnya bangsa Melayu di Sri Lanka juga disebabkan oleh golongan pembesar-pembesar dan anak-anak raja yang di buang negeri oleh British dari kepulauan Melayu ke Sri Lanka. Sebagai contoh, kisah Syeikh Yusof Al-Makasari yang di percayai merupakan golongan diraja dan bangsawan dari Tanah Jawa yang kuat menentang penjajahan British di kepulauan Melayu. Disebabkan rasa terancam, pihak British telah mengambil keputusan untuk membuangnya di Sri Lanka selama 11 tahun. 
Ada juga pendapat yang menyatakan orang Melayu Sri Lanka pada awalnya merupakan pelayar-pelayar Melayu yang berdagang ke Sri Lanka. Melalui kawasan persisiran pantai, sebahagian daripada mereka membuat keputusan untuk menetap di sana. Disebabkan oleh itu, kebanyakan bangsa Melayu di Sri Lanka tinggal di kawasan persisir pantai dan bekerja sebagai nelayan. 


VIII
Identiti yang semakin pudar.
Kini penduduk Melayu Sri Lanka semakin pudar identitinya sebagai bangsa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Yang pertama, wujudnya tradisi kahwin campur dimana orang-orang Melayu Sri Lanka kini lebih cenderung untuk memilih pasangan dari bangsa lain sama ada bangsa Tamil atau Moors. Apabila ini terjadi, mereka lebih selesa untuk ‘bertukar’ bangsa hingga tidak mahu lagi mengaku sebagai Melayu. Hal ini sangat berkaitan dengan faktor kedua dimana taraf hidup orang-orang Melayu itu sendiri yang kebanyakannya ditindas dan ini menghalang mereka untuk maju kehadapan dan membela nasib mereka sendiri. 
Dari segi ekonomi, tidak ramai orang-orang Melayu dapat sampai ke tahap yang tinggi. Malahan, golongan muda Melayu sendiri yang berjaya dalam bidang pendidikan, lebih selesa untuk berhijrah keluar dari kelompok Melayu dan membawa cara hidup tersendiri. Antara sebab lain adalah, proses asimilasi dan sosialisasi dengan bangsa-bangsa lain yang menyebabkan bangsa Melayu terikut-ikut ataupun sebenarnya adalah satu proses penyesuaian diri dengan budaya dan cara hidup bangsa lain. 


Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Bersama sahabat saya yang budiman 
dari Syria, Saudara Wael Aldroubi. Beliau kini 
tinggal di Malaysia. Banyak yang beliau puji tentang 
negara kita. Semoga ALLAH SWT pelihara kita daripada
perkara-perkara yang tidak baik, in sya ALLAH.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 
Dikenali sebagai seorang yang peramah
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian
telah melelong pingat Juara Piala Malaysia
kesayangannya, untuk disumbangkan ke
Tabung Gaza dan Syria.
23hb Jun 2014: Siaran langsung
Scoreboard (TV3) bersama Abg 
Jamsari Sabian,
bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan
yang berjasa. Terima kasih buat Kru 
Scoreboard tv3 new official
yang banyak membantu. Syukur.

Kenangan siaran langsung
Scoreboard, TV3.
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan
terkesan akibat konflik peperangan.  




X
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS




Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
XI
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia;
  3. https://www.facebook.com/pkpimalaysia?fref=ts;
  4. http://smktelokkerang.blogspot.com/2013/03/prof-dr-awang-bin-sariyan-ketua.html;
  5. http://gptd-srilanka.blogspot.com/;
  6. http://gptd.blogspot.com/2014/10/pertemuan-bersama-persidangan-melayu.html;
  7. http://www.ilhamfx.com/ZahiraOBA/index.html;
  8. http://www.vivalanka.com/newspage/600972ai-conference-sri-lankan-malays-holds-malay-language-day;
  9. http://www.youngmelayu.com/2013/12/members-of-colombo-malay-cricket-club.html;
  10. http://www.sundayobserver.lk/2008/08/03/mag07.asp;
  11. http://www.ibnuhasyim.com/2009/11/sri-lanka-orang-melayu-hijrah-keluar.html;
  12. http://www.ibnuhasyim.com/2009/11/orang-melayu-membuka-sekolah-islam-di.html.
  13. http://www.rootsweb.ancestry.com/~lkawgw/slmalayintro.htm;
  14. http://bujangmasjid.blogspot.com/2011/12/java-lane-mosque-sri-lanka-dibangun.html;
  15. http://www.rootsweb.ancestry.com/~lkawgw/malaylang.htm;
  16. http://sundaytimes.lk/070311/TV/008tv.html;
  17. http://hijasahmed.blogspot.com/2010/06/my-school.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan