Rabu, Julai 23, 2014

Terbuka (?) dan Berbuka.


Terbuka (?) dan Berbuka.
22hb Julai 2014
Siang tadi, ada dua peristiwa yang membuat saya berfikir tentang masa depan dan harapan. 
Di Kompleks Pertama, seorang lelaki – saya agak warga Pakistan – menampar seorang remaja Melayu dan kekasihnya yang makan dan minum dengan gembira di tangga sebelah kedai.
Tidak berapa lama kemudian, seorang adik kecil – juga Melayu – meminta maaf dan menciumi tangan seorang lelaki Arab selepas terlanggar secara tidak sengaja sewaktu berlari. Lelaki Arab itu mengalirkan air matanya. Peristiwa kedua berlaku di tangga depan Sogo, semasa saya sedang ralit menyaksikan para penghibur jalanan (buskers) membuat persembahan. Budak perempuan itu terus salam dan berkata, “I’m sorry, Uncle”, sambil tersenyum comel dan sambung berlari semula.
Berbalik kepada insiden pertama tadi, mereka yang makan secara terbuka dan tidak puasa satu hal, duduk tengah-tengah tangga tanpa mahu beralih bila orang nak lalu satu hal. Ini sampah pun tak ada fikir nak buang ke tong sampah. Bersepah tangga sebelah kedai tersebut. Apa yang membuatkan saya sayu, yang kes tak malu makan secara terbuka itu satu. Yang kena lempang dan ceramah dalam bahasa Urdu (agaknya lah) satu hal lagi. Segan juga bila ada sahabat belum Islam yang tanya, “Melayu boleh tak puasa kah?” Malu dengan TUHAN, malu dengan manusia.
Di mana maruah kita dan ke mana haluan kita? Umur semakin singkat, tapi perjalanan kita masih jauh. Masih jauh.
Sedih pun ada, kecewa pun ada, terharu pun ada. Apa pun, setiap peristiwa dan kejadian pasti ada hikmah-NYA. Tinggal lagi, kita saja yang perlu cari dan doa untuk ketemu hikmah itu. Semoga jadi peringatan yang baik untuk saya dan kita semua. Kita doakan yang baik-baik, untuk kemaslahatan bersama, in sya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan