Rabu, Julai 23, 2014

Sedikit tentang gelora dalam cangkir politik Selangor.


Sedikit tentang gelora 
dalam cangkir politik Selangor.
Pada hemat saya, hal politik kepartian tidak seharusnya digaul sewenang-wenangnya dengan urusan kepimpinan negeri. Tatkala banyak isu signifikan dan insiden mendesak - tempatan dan global -- yang memerlukan kita bersatu dan fokus sebagai rakyat dan manusia, soal siapa sepatutnya menjadi MB, bukanlah keutamaan ketika ini.
Paling penting, rakyat memilih pemimpin untuk menggalas amanah. Jaga kebajikan rakyat. Bukan untuk asyik saling bertelingkah merebut kerusi politik.
Hormati rakyat. Hormati rakyat. Hormati rakyat.
Maka, rakyat perlu lebih matang dan tegas. Memandangkan kita tidak mengamalkan sistem had tempoh masa berkuasa, maka setiap dua penggal, mungkin kita perlu pilih parti politik yang baru. Dengan tujuan memberi peringatan kepada pemimpin di atas. Kuasa, jawatan; semua pinjaman. Sementara. Jaga kebajikan rakyat.
Kita semakin mundur dalam banyak perkara signifikan. Semoga politikus lebih cakna dan focus menyumbang; bukan sekadar berceramah dan menebar pidato. Seharusnya, perkara ni diputuskan lebih awal, sewaktu lepas PRU 13, bukan lepas ‘Langkah Kajang’ berjalan. Projek 16 September dan ‘Kajang Move’ dalam kenangan. Sayu.
Entri ini cuba merentasi fahaman kepartian. Rakyat berhak tahu dan difahamkan berkenaan – apa yang didakwa sebagai -- politik ‘lapis tinggi’ yang cuba diterapkan. Ini bukan zaman suap maklumat dan angguk kosong.
Pertimbangan rakyat - dan pemimpin - perlu adil dan rasional. Menentang nepotisme satu hal, politiking yang tidak berhenti juga mungkin saja membuat segelintir muak.
Perlu ada penjelasan kukuh - sebab kenapa TSKI perlu ditukar selepas lebih setahun PRU; dan kenapa DSWA dipilih. Saya tidak bercakap sebagai orang berkepentingan. Saya marhaen saja. Cumanya, kita prihatin, sebab kita rakyat Selangor dan Malaysia. Kita berhak untuk tahu.
Benar, memang kita tidak mengundi secara terus MB. Kita cuma memilih ADUN. Tetapi ada faktor pemberat setiap kali kita memilih untuk mengundi parti mana yang akan memimpin DUN - dan negeri - kita. Sebab itu perlu ada penjelasan yang kukuh, sedari sebelum dan selepas PRK Kajang, berkenaan letak duduk pendirian pihak yang membuat keputusan (PKR).
Saya fikir, kata-kata Saudara Amin Ahmad ini wajar kita perhalusi, “Jika Tan Sri Khalid diganti, sudah tentu saya percaya sesiapa sahaja berhak untuk rasa tidak puas hati atau marah. Maka, menjadi beban tugas parti untuk berusaha memastikan penggantinya lebih baik dan menjelaskan apa-apa persoalan yang timbul. Jawatan bukanlah keistimewaan.”
Memetik pidato segar daripada Presiden baharu Republik Indonesia, Bapak Jokowi (Joko Widodo) yang dimulakan dengan berterima kasih kepada Prabowo-Hatta dan memanggil mereka sahabat, “Politik itu penuh keriangan, di dalamnya ada kebahagiaan, di dalamnya ada pembebasan… karena politik bukan hanya menang dan kalah tapi juga ada sebuah pembelajaran untuk berdemokrasi yang lebih baik lagi.”
Salam cakna. Julang semangat zaman. Hidup Malaysia kita. Padu.
----------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. https://www.facebook.com/NoorAminAhmad?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/pages/Abdul-Khalid-Ibrahim/38012338900?fref=ts;
  3. https://www.facebook.com/snfanclub/photos/pb.25409635957.-2207520000.1406075671./10152335195215958/?type=1&theater.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan