Isnin, Jun 09, 2014

Azman Adnan dan Seputar Pemilihan Kem Bola Sepak Junior Allianz.

Azman Adnan dan Seputar Pemilihan 
Kem Bola Sepak Junior Allianz.
I
Alhamdulillah, pada 6, 7 dan 8hb Jun 2014, telah berlangsung pemilihan pemain remaja untuk menyertai Kem Bola Sepak Junior Allianz di Munich, Jerman selama 6 hari dari 20-26hb Ogos 2014. Pemilihan ini dijalankan di Padang SUK, Shah Alam.
Antara jurulatih berpengalaman yang terlibat dalam sesi pemilihan kali ini ialah wakil Allianz Malaysia, Murugan Thurkayan; B. Sathianathan (bekas jurulatih Malaysia); Azman Adnan (antara 10 penyerang terbaik Malaysia sepanjang zaman); serta bekas bintang KLFA dan Selangor FA yang digelar ‘Lipas Kudung’, Shahrin Majid.
Bekas tonggak Socceroos (skuad kebangsaan Australia) yang menabur bakti selaku pemain dan jurulatih Selangor FA, Mehmet Durakovic turut hadir sebagai jemputan.
Seramai 700 remaja (termasuk perempuan) turut mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini. Terdapat juga permainan video dan ‘fusball’ yang disediakan oleh pihak penganjur untuk hiburan para hadirin. Para pemain dikehendaki melalui beberapa ujian kemahiran asas bola sepak yang merangkumi pecutan, ketahanan dan teras pengendalian bola dan teknik. Perlawanan 7-sebelah dan 11-sebelah turut diadakan bagi memilih bakat yang terbaik.

II
Pada hari kedua, seramai 20 orang pemain telah disenarai pendek untuk berdepan cabaran skuad Bawah 19 Tahun Selangor, sebelum pihak jurulatih membuat keputusan akhir.
20 orang finalis tersebut adalah seperti berkiut: Muhammad Umar Hadi Halmi, Muhammad Fazrul Fahriz Zeky, Muhammad Iman Abd Rahim, Wan Muhammad Iqmal Wan Hizar, Muhammad Fakhrul Aiman Md Noor, Muhammad Hariz Isyraf Radziff, R. Kumaravel, V. Nesathasan, Zulkarnain Rusli, Kamal Ashari, Muhammad Adam Mohd Rais, S. Linggeswaran, Alif Emir Ramlan, Muhammad Alif Haikal Nong Chek, Danial Hakim Amruzani, Muhd Aliff Aiman Mazlan, Muhammad Hadi Rayyadh Abdul Razak, Mohd Najmi Bin Norhani, Wong Yi Fei dan Afiq Asnawi Azizi.

III
S. Linggeswaran, Muhammad Adam Mohd Rais dan Wan Muhammad Iqmal Wan Nizam berjaya menewaskan kurang-lebih 700 orang peserta lain seterusnya terpilih ke Kem Bola Sepak Junior Allianz di Munich, Jerman dan tujuh lagi terpilih ke Kem Bola Sepak Junior Allianz Asia di Bali, Indonesia. Di Munich, pemain yang terpilih ini akan menjalani latihan bersama Juara Bundesliga 2014, Bayern Munich FC.
N. Kumaravel, V. Nesathasan, Afiq Asnawi, Wong Yi Fei, Amirul Aiman Mohd Rosni, Kamal Ashari, Wan Affandi Wan Mohd Faizul, Mohd Najmi dan Alif Emir pula – telah terpilih untuk ke Bali pada 1 hingga 4hb Ogos 2014. Ketika pemilihan dibuat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Allianz Malaysia Berhad, Jens Reisch turut menyampaikn sepatah dua kata.
Pada tahun lepas, Allianz Malaysia telah menghantar 3 orang peserta ke AJFC di Munich dan 7 orang lagi ke AJFC Asia di Phuket, Thailand. Untuk rekod, Selangor FA pernah menentang Bayern Munich FC dalam KejohananPiala Mitsubishi 1994, sempena pembukaan Stadium Shah Alam.
Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu dan Grande buat semua.

#SaveTheChildrenOfSyria.
--------------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/AllianzMalaysia?ref=ts&fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/printingdudes?filter=1;
  3. http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2014/06/07/Allianze-to-send-three-for-Munich-stint/;
  4. http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2014/06/08/Three-get-to-train-with-Bayern-Munich/;
  5. https://www.allianz.com/en/about_us/strategy_values/sponsoring/fc_bayern_muenchen.html;
  6. http://sponsoring.allianz.com/en/fcbayern/allianz_junior_football_camp/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan