Khamis, Mei 22, 2014

ABIM Ucap Takziah kepada Mangsa Banjir di Bosnia- Herzegovina


Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan

Mantan Presiden PKPIM.
Saudara Raimi Ab Rahim, Setiausaha
Agung ABIM. Juga mantan
Presiden PKPIM.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas
(Undang-Undang) ABIM, Saudara
Mohd Khairul Anwar Ismail.  
21hb Mei 2014: Dua Naib Presiden ABIM, Saudara Raimi 
dan Saudara Khairul Anwar telah bertemu dengan Duta Bosnia 
ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Encik Tarik Bukvic bagi menyampaikan 
rasa simpati kepada mangsa yang terlibat dengan banjir besar 
di negara tersebut.

1992: Bosnia sewaktu perang. 
Suram dan hiba.
9hb Jun 1992: Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Dr Muhd Nur Manuty (dua dari kiri), sewaktu melancarkan ‘Tabung Bosnia-ABIM’ untuk membantu rakyat Bosnia-Herzegovina yang dilanda peperangan dengan gerila Serb yang dibantu oleh rejim Serbia. Turut kelihatan, wakil peribadi Presiden Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Prof Dr Mustafa Ceric. Prof Mustafa juga merupakan pensyarah di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).
9hb Jun 1992: Presiden ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty sedang berucap di Majlis Pelancaran ‘Tabung Bosnia-ABIM’ untuk membantu rakyat Bosnia-Herzegovina yang dilanda peperangan dengan gerila Serb yang dibantu oleh rejim Serbia. Turut kelihatan, wakil peribadi Presiden Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Prof Dr Mustafa Ceric. Prof Mustafa juga merupakan pensyarah di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).
9hb Jun 1992: Dr Muhammad Nur Manuty sedang berucap di Majlis Pelancaran ‘Tabung Bosnia-ABIM’ untuk membantu rakyat Bosnia-Herzegovina yang dilanda peperangan dengan gerila Serb yang dibantu oleh rejim Serbia. Turut kelihatan, wakil peribadi Presiden Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Prof Dr Mustafa Ceric. Prof Mustafa juga merupakan pensyarah di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).
Kenangan Majlis Pelancaran Tabung Bosnia. Turut kelihatan, 
Timbalan Presiden ABIM ketika itu, Dr Abd Halim el-Muhammady.
Sidang akhbar pertama mengenai Bosnia-Herzegovina di Sekretariat ABIM pada 25hb September 1991. Saudara Haji Mohd Anuar Tahir, Setiausaha Agung ABIM (dua dari kiri) dan Cik Bisera Tukovic (di sebelahnya) dari Bosnia.
Sidang akhbar mengenai Bosnia-Herzegovina di Sekretariat ABIM sekitar sekembalinya Saudara Anuar Tahir, Setiausaha Agung ABIM ketika itu dari Zagreb. Di sebelah beliau ialah wakil peribadi Presiden Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Prof Dr Mustafa Ceric. Prof Mustafa juga merupakan pensyarah di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).
1992: Sebahagian Jawatankuasa ‘Tabung Bosnia-ABIM’ bergambar kenangan dengan Presiden ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty (dua dari kiri) dan Dr Izet Aganovic sekeluarga, sewaktu lawatan mereka ke Sekretariat ABIM. Dr Izet merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Islam Bosnia, ‘Merhamet’.
2hb Oktober 1992: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Farid Ariffin mewakili ABIM untuk menyerahkan 241 buah bungkusan perubatan dan 12 buah kotak pakaian musim sejuk, kepada wakil Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk dihantar ke Bosnia.

3hb Oktober 1992: Presiden Persatuan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan, Saudara Ahmad Ismail (kiri) menyerahkan sekeping cek untuk ‘Tabung Bosnia’ kepada Presiden ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty. 

22hb November 1992: DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyantuni anak-anak Bosnia sewaktu majlis makan tengah hari bersama 79 orang pelarian Bosnia yang dianjurkan di Kelab Rekreasi TUDM, Subang.

13hb Disember 1992: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib menyambut ketibaan kumpulan kedua 28 orang rakyat Bosnia-Herzegovina di LTAB Subang. Kejayaan membawa masuk kumpulan 28 orang ini adalah diatas inisiatif pihak ABIM manakala YBK turut membantu dalam menganjurkan acara sambutan ini. Turut menyerikan majlis ialah Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Napsiah Omar, Datin Paduka Zaleha Ismail Timbalan Menteri Pengangkutan, Presiden ABIM Dr. Muhammad Nur Manuty dan Rektor UIAM, Dato Dr Abdul Hamid Sulaiman. 
25hb September 1993: Dr Mahathir memperbetulkan beret biru PBB salah-seorang anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang bakal berlepas ke Bosnia untuk misi keamanan.

Januari 1994: ABIM turut menganjurkan siri Konsert Amal ‘Bersama Bosnia’ yang turut menampilkan acara deklamasi puisi oleh SN Pak Samad Said dan Dinsman. Kelihatan dalam gambar; kumpulan kebudayaan Ghazi Husrez-Beg yang diterbangkan khas dari Sarajevo, Bosnia, menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotik. 

23hb Januari 1994: Lawatan rasmi Presiden Bosnia-Herzegovina, Alija Izethegovic ke pangsapuri PKNS untuk bertemu masyarakat Bosnia yang berhijrah ke Malaysia akibat daripada peperangan.

Februari 1994: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Kebangsaan, Datuk Napsiah Omar dan Pengerusi Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Mohd Yusof Hashim, memeriksa tin berisi marjerin minyak sawit yang akan dihantar kepada pelarian Bosnia. Turut kelihatan, Saudara Anuar Tahir dari ABIM.
 21hb April 1994: Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk MBM, ABIM dan PKPIM bergabung untuk membentuk Barisan Bertindak Bosnia (PBB). Barisan ini diketuai oleh Pengerusi PENA, Datuk Ahmad Sebi Bakar.
28hb April 1994: Timbalan Perdana Menteri, DSAI 
memegang memorandum berkenaan isu Bosnia-Herzegovina 
yang diserahkan kepadanya oleh 
Barisan Bertindak Bosnia. 

13hb Mei 1994: Datuk Seri Dr Mahathir yang baru pulang dari lawatan ke luar negara, menyuarakan komitmen Malaysia untuk kekal membantu Bosnia, meskipun seorang anggota tenteranya, Mejar Ariffin Zakaria terkorban. Beliau turut mengkritik kegagalan PBB dan negara Barat dalam menangani konflik yang melanda negara tersebut.

25hb Disember 1994: Pak Lah, Dr Mahathir, Ibrahim Koulder (Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Bosnia) dan Haris Silajdic (Perdana Menteri Bosnia) sewaktu upacara menandatangani Perjanjian Pelaburan Malaysia-Bosnia.
20hb Februari 1995: Timbalan Pengarah Pelajaran, Saudara Rafie Mahat (tiga dari kanan) bersama Saudara Nur Anwar (di sebelah kiri beliau) dan wakil Kedutaan Bosnia, Ibrahim Bukvic melancarkan pertandingan mewarna peringkat kebangsaan. Di sebelah kiri gambar ialah anak-anak pelarian Bosnia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.
7hb Ogos 1995: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak bersama kanak-kanak yang menyertai Peraduan Mewarna Mengisi Tabung Bosnia-ABIM anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan pada majlis pelancarannya di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Anggota-anggota MALBATT 
yang berjasa. Pejuang.

1992: Kem Tahanan Manjaca – 
berhampiran dengan Prijedor -- menjadi 
saksi kekejaman pengganas Serbia.
2014: Suasana proses pemindahan
mangsa banjir besar di Bosnia.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ucap Takziah kepada Mangsa Banjir di Bosnia- Herzegovina 
ABIM dengan penuh rasa dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada kesemua keluarga mangsa yang telibat di dalam kejadian banjir besar di Bosnia-Hezegovina dan Serbia. 
Laporan yang dipetik daripada The Guardian menyatakan, tragedi ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa dan lebih daripada 100,000 bangunan serta kediaman telah musnah, menyebabkan beribu yang lain terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat.
Hujan lebat yang turun selama tiga hari dengan kadar hujan selama tiga bulan dikatakan menjadi penyebab kepada banjir besar tersebut, dan ia merupakan insiden terburuk yang direkodkan semenjak 120 tahun yang lalu.
Bosnia yang asalnya masih dalam proses pembinaan semula selepas mengalami perang selama 3 tahun yang meletus pada tahun 1992, kini terpaksa berhadapan dengan satu lagi bentuk pemulihan semula.
Impak daripada tragedi banjir besar ini dikatakan menyamai kesan daripada perang 3 tahun tersebut. Namun, apa yang membezakan antara keduanya ialah jumlah kematian akibat banjir tersebut adalah kurang berbanding perang, di mana sesetengah laporan melaporkan ianya meragut lebih 100,000 nyawa.
Pimpinan ABIM telah bertemu dengan Duta Bosnia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Encik Tarik Bukvic bagi menyampaikan rasa simpati kepada mangsa yang terlibat dan menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mendoakan agar misi mencari dan menyelamat dapat dijalankan dengan lancar dan lebih nyawa dapat diselamatkan.
------------------------------------------------------------
Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) Conveys Condolences to Flood Victims in Bosnia- Herzegovina 
With a sense of sorrow, ABIM would like to convey heartfelt condolences to all the flood victims in Bosnia-Hezegovina and Serbia. 
A report from The Guardian stated that the flood have claimed at least 30 lives and more than 100,000 buildings and homes destroyed caused tens of thousands of others evacuated. 
Three months’ worth of rain fell on the region in three days said to be the cause of the major flood and it was the worst incident recorded since 120 years back then. 
Bosnia has just rebuilt after the 3 years’ war that erupted in 1992 will now have to face another phase of recovery effort. 
The devastating effects of this major flood is equal to 3 years of the war, with the only difference it caused few casualties compared to the war , which claimed more than 100,000 lives, some report says. 
ABIM leadership met the Bosnian Ambassador to Malaysia, H.E Mr Tarik Bukvic to offer condolences to the victims and urge Malaysians to pray that the search and rescue mission will be running smoothly and more lives could be saved.

--------------------------------------------------------

Kemaskini Entri:
Rayuan dana bantuan, Tabung Banjir Bosnia. 
Dengan ini, Global Peace Mission Malaysia dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) melancarkan tabung kemanusiaan bagi mangsa banjir di Bosnia. Bagi sesiapa yang masih mencari-cari tempat untuk menyumbang, boleh berbuat demikian melalui akaun bank di bawah, sebarang pertanyaan boleh terus hubungi nombor telefon yang tertera di poster yang disediakan. Semoga bantuan daripada anda dapat meringankan beban mereka yang di dalam kesusahan.
Akaun bank:
Maybank - 14-023-01-002922-4
Bank Islam - 5642-2161-1602
No Perhubungan : 03-61883230 / 013-3101949
Fax:03-61883233.


-------------------------------------------------------

Sumber:
  1. https://www.facebook.com/cikguainaa?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts;
  3. https://www.facebook.com/ABIMPUSAT?fref=ts;
  4. https://www.facebook.com/wadahpencerdasan.umat?fref=ts;
  5. https://www.facebook.com/pkpimalaysia?fref=ts;
  6. https://www.facebook.com/ibnrahim?fref=ts;
  7. https://www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan