Selasa, Mac 18, 2014

ISU COMANGO: ABIM HANTAR DELEGASI KE SIDANG DI GENEVA.

Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Presiden ABIM: 
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Naib Presiden ABIM: 
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas 
(Undang-Undang) ABIM: 
 
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) menghantar dua orang delegasi selaku perwakilan NGO negara ini ke sidang “Final Adoption Of Malaysia’s UPR (Universal Periodic Review) Report” oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan diadakan 20hb Mac 2014 ini di Geneva. Sidang ini merupakan susulan daripada pembentangan UPR yang telah diadakan pada penghujung 2013 yang lalu.
Delegasi tersebut disertai oleh Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, Naib Presiden ABIM dan Ketua Biro Undang-Undang ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail. Kedua-dua mereka telah mewakili pihak NGO Malaysia di 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila pada September 2012.
Walaupun terdapat tekanan yang kuat dari kumpulan pelobi dan gabungan hak asasi manusia di peringkat ASEAN untuk mengiktiraf hak dan amalan LGBT, tampak jelas bahawa keyakinan majoriti masyarakat beragama di rantau Asia Tenggara ini masih tidak dapat menerima, bahkan dengan tegas menolak usul agar hak dan amalan LGBT dari diiktiraf.
Untuk sidang pada 20hb Mac 2014 ini, wakil Malaysia dari ABIM akan mengutarakan respon terhadap pandangan serta tuntutan wakil-wakil negara asing ketika permulaan sidang UPR pada tahun 2013 yang lalu. Sepanjang sidang ini kelak, kedua-dua orang wakil ABIM mendapat hak serta peluang untuk bersuara oleh sekretariat persidangan UNHRC di Geneva.
Penyertaan ABIM ini dibuat berdasarkan kepada pembabitan ABIM dalam beberapa perbincangan serta wacana berkaitan keseluruhan proses semakan UPR ini dengan pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), NGO-NGO Pro Hak Asasi Manusia (PROHAM) serta NGO-NGO Islam serta Civil Society Organisation (CSO) dalam dan luar negara yang lain.

HAJI AMIDI DATO’ ABDUL MANAN,
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan