Khamis, Jun 06, 2013

Salam Israk dan Mikraj buat semua.

Lionel Messi, bintang Argentina dan Barcelona FC, 
turut menyatakan sokongan terhadap 
pembebasan Palestin.
Christiano Ronaldo, bintang Potugal, Manchester United FC 
dan Real Madrid FC, yang secara terbuka menyatakan 
sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ronaldo, lagenda Brazil dan antara pemain 
bola sepak terbaik dalam sejarah dunia, turut menyokong 
Negara Berdaulat Palestin. Sedikit tentang beliau di sini: 
http://chedinsphere.blogspot.com/2011/02/ronaldo-si-el-fenomeno.html
Frederic Oumar Kanoute, lagenda Sevilla yang memilih untuk beraksi dengan Mali meski dilahirkan di Perancis. Beliau merupakan pemain bola sepak paling lantang dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Pada 7hb januari 2009, beliau dilayangkan kad kuning dan kemudiannya didenda $4,000 kerana menayangkan baju-T hitam bertulis Palestin dalam beberapa bahasa.
Masjidil Haram, masjid paling suci. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu kiblat sewaktu menunaikan solat. Kajian menunjukkan bahawa Kaabah adalah Pusat Bumi, dengan ketepatan ratio 1.618. Subhanallah.
Masjid An-Nabawi, masjid kedua paling suci dan terletak di Madinah Al-Munawarah. 
Masjid yang dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW ini 
turut menempatkan makam Baginda SAW.
Masjid Al-Aqsa (Masjid Yang Jauh), masjid ketiga paling suci. Terletak di Kota Baitul Maqdis, Palestin. Rejim Zionis giat menjalankan kerja cari gali di bahagian bawah Masjid Al-Aqsa, sehingga mengakibatkan berlaku keretakan pada beberapa bahagian masjid suci tersebut. 
Kubah Batu-Asy-Syakrah (Dome of the Rock), antara binaan terindah di dunia dengan kubah emasnya. Sering dirujuk secara silap sebagai Masjid Al-Aqsa. Kubah Asy-Syakrah terletak bersetentang dengan Masjid Al-Aqsa yang usang dan berkubah hijau.
Antara 'pengganas/militan' yang berjaya dibunuh 
oleh Tentera Rejim-Zionis: Anak-anak kecil yang tidak berdosa.
Molek kiranya kita semua menghafal
doa pendek ini, in sya ALLAH.
Kobar jiwa semangat.
 Solidariti untuk anak-anak Ghazzah-Palestin. Padu!
-----------------------------------------------------------------------
I
Salam.

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27hb Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27hb Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:

Fasa Pertama: Peristiwa Israk.
Peristiwa ‘Israk’ ialah perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Israa’: 1).


Fasa Kedua: Peristiwa Mikraj.
Kedua, Peristiwa ‘Mikraj’ iaitu perjalanan Baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul-Muntaha di langit yang ketujuh, dekat singgahsana ALLAH SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Surah An-Najm: 13-18).

II
Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat ALLAH SWT dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy ALLAH SWT (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

III
Pastinya peristiwa besar Israk dan Mikraj ini mengingatkan kita betapa pentingnya untuk kita mempertahankan maruah rakyat palestin dan kesucian Masjid Al-Aqsa daripada terus dicemari oleh kekejaman Rejim Zionis Israel.  Sementelahan, seperti yang kita sedia maklum, Peristiwa Israk dan Mikraj tidak hanya berlegar seputar kisah pengembaraan ‘kilat’ Nabi Muhammad SAW ke Arasy ALLAH SWT. Ada banyak hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung ini. Antaranya ialah keutamaan mengucapkan ‘salam’, di mana Nabi Muhammad tidak pernah lupa memberi ‘salam’ kepada Rasul yang Baginda SAW temui. Ayuh, sebarkan salam dan kesejahteraan. Damai…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Juga, Salam Israk dan Mikraj buat semua sahabat yang budiman. 

--------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. http://footbalmania.shawweet.com/en/I85/Ronaldo.supports.palestine;
  2. http://rt.com/news/israel-gaza-strike-election-758/;
  3. http://www.ciibroadcasting.com/2012/06/14/world-soccer-rallies-in-support-of-palestine/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan