Isnin, Mac 11, 2013

Kejohanan Jemputan Mitsubishi Shah Alam 1994.


Kejohanan Jemputan Mitsubishi Shah Alam 1994.
Stadium Shah Alam dirasmikan pada 16hb Julai 1994. Berharga RM460 juta, stadium ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut merangkumi Stadium Malawati (stadium tertutup). Berkapasiti 80,000 orang penonton, Stadium Shah Alam merangkumi keluasan sebanyak 155,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan dua ‘scoreboard’ gergasi. Stadium Shah Alam dirasmikan oleh Sultan Selangor dalam upacara gilang-gemilang, diikuti Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi (Mitsubishi International Clubs Invitational Soccer) yang dianjurkan pada 16-23hb Julai 1994.

Kejohanan Jemputan Mitsubishi Shah Alam  ini telah dianjurkan di Stadium Shah Alam. Antara kelab yang bertanding ialah Pilihan Selangor (Malaysia), Dundee United FC (Scotland), Bayern Munich FC (Germany), Skuad  Olimpik Australia (Olyroos), Flamengo FC (Brazil), dan Leeds United FC (England). Celtic FC (Scotland) dan AC Milan FC (Itali) yang pada asalnya dikhabarkan akan turut beraksi, menarik diri atas sebab-sebab tertentu. Pilihan Selangor, Dundee United FC dan Bayern Munich FC diletakkan dalam Kumpulan 1, manakala Olyroos, Flamengo Fc dan Leeds United FC diundi dalam Kumpulan 2.

Perlawanan Pembukaan: 16hb Julai 1994 (Sabtu).
Pasukan Pilihan Selangor dan Dundee United FC diberi penghormatan untuk bermain dalam perlawanan sulung Stadium Shah Alam yang berkesudahan seri 1-1. Kesilapan di atas padang bukan saja dilakukan oleh pemain, malah pihak pengurusan stadium turut membuat kesalahan dalam mengukur garisan bulatan tengah. Kelewatan permainan bagaikan mencabar kesabaran penonton yang mujur disajikan dengan pancaran laser dan tarian oleh pelajar sekolah seluruh Selangor dalam upacara pembukaan yang menarik. 

Asakan pilihan Selangor lebih tersusun dengan rangkaian penggempur yang lincah diketuai oleh pemain dari Australia, Eddy Krncevic, menunjukkan persefahaman mantap sekalipun baru sehari mengenali pemain tuan rumah. Di sisinya ialah penyerang Bosnia, Dejan Mostahinic, sambil dibantu oleh kepantasan Anuar Abu Bakar. William McKinlay (Dundee United) mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol pada minit ke-56 di stadium ini, sebelum Anuar Abu Bakar menjadi pemain tempatan pertama yang menjaringkan gol di Stadium Shah Alam pada minit ke-62, seterusnya menjadikan kedudukan 1-1.
  • Pilihan Selangor: Bruce Grobbelaar; Ismail Ibrahim; Assrof Hanafiah; P. Maniam; Mehmet Durakovic; Almir Memic; Yeo Swee Hock; Anuar Abu Bakar; Zsolt Bucs; K. Sanbagamaran; Dejan Mostahinic; dan Eddy Krncevic.
  • Dundee United: Henrik Jorgensen; Alec Cleland; Maurice Malpas; Christian Dailly; Brian Welsh; David Hannah; Davie Bowman; Will McKinlay; Dragutin Ristic; Craig Brewster; dan Jerren Nixon.
17hb Julai 1994 (Ahad).
Pada 17hb Julai 1994, Skuad Olyroos seri 0-0 dengan Flamengo, sebelum tewas 1-2 kepada Leeds United FC pada 19hb Julai 1994 (Selasa). Gol-gol Leeds United dalam perlawanan menentang Olyroos dijaringkan oleh Phil Masinga dan White pada minit ke-2 dan 82, manakala gol saguhati Olyroos disumbangkan oleh Joe Spiteri pada minit ke-38.
  • Olyroos: Frank Juric; Kevin Muscat; Sean Cranney; Mike Valkanis; Peter Tsekenis; Ante Moric; Goran Lozanovski; Sasha Dimoski; Ross Aloisi; Gabriel Mendez; Brad Hassell; Damien Vojtek; Joe Spiteri; Luke Casserley; Vinko Buljubasic; dan Adrian Cervinski.
18hb Julai 1994 (Isnin).
Pada 18hb Julai 1994, Selangor FA telah bertemu dengan pasukan Bayern Munich FC dari Jerman. Pasukan gergasi Jerman ini menampilkan barisan muda, tetapi turut dibintangi oleh Jean Pierre Papin. Bayern menang 4-0 hasil jaringan Markus Schupp (minit ke-10) dan Mehmet Scholl (minit ke-26, 76 dan 85). Perlawanan ini juga menyaksikan lagenda Socceroos, Mehmet Durakovic berjaya memikat hati pengurusan Selangor FA untuk menagih khidmatnya dari 1995 hingga 1998. 

Kemudian, pada 20hb Julai 1994 (Rabu), Bayern bertemu dengan jaguh Scotland, Dundee United. Para pemain utama Bayern seperti Lotthar Matthaeus, Thomas Helmer, Oliver Kahn, Adolfo Valencia, Jorginho dan Alain Sutter tidak diturunkan memandangkan tarikh kejohanan yang agak hampir dengan jadual Separuh Akhir Piala Dunia 1994. 


21hb Julai 1994 (Khamis).
Pada 21hb Julai 1994, Flamengo FC yang mendapat motivasi dan inspirasi daripada kejayaan Brazil menggenggam Piala Dunia 1994, berjaya mengalahkan Leeds United FC 2-1. Jaguh Brazil ini mendahului menerusi Rodrigo pada minit ke-24, sebelum disamakan oleh Noel Whelan. Kendatipun, Magno menjaringkan gol kemenangan Flamengo pada minit ke-74.
  • Leeds United FC: Mark Beeney; John Pemberton; Kevin Sharp; Carlton Palmer; David O'Leary; Nigel Worthington; Gordon Strachan; Mark Tinkler; Noel Whelan; Phil Masinga; dan Gary McAllister.
  • Flamengo FC: Adriano; Henrique; Fabio Baiano; Gelson; Rogerio; Marcos Adriano; Fabinho; Hugo; Marquinhos; Rodrigo Mendes; Fabiano; Charles Baiano; Magno; dan Savio.

 
Perlawanan Akhir: 23hb Julai 1994 (Sabtu).
Dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut, Bayern berdepan cabaran Flamengo, di mana kelab Brazil tersebut berjaya menewaskan Bayern 3-1 di mana 60,000 penonton memenuhi Stadium Shah Alam, pada kala terdapat banyak rungutan berkenaan harga tiket yang mahal. Tiket-tiket dijual pada harga RM15, RM21 dan RM30. Gol-gol Flamengo dijaringkan oleh Rogerio dan Marquinhos e Savio, selanjutnya mengesahkan bahawa pemenang bagi kejohanan ini ialah kelab Flamengo FC dari Brazil.
  • Bayern Munich FC: Uwe Gospodarek; Marco Grimm; Dietmar Hamann; Michale Stenkoff; Marcel Witeczek; Mehmet Scholl; Jean-Pierre Papin; Markus Schupp; Alexander Zickler; Christian Nelinger; Markus Babbel; Oliver Kreuzer; Christian Ziege;
  • Flamengo FC: Adriano; Fabio Noronha; Savio; Rodrigo; Charles II; Marquinhos; Hugo; Marcos Adriano; Fabinho; Rogerio; Henrique; Gelson.  
Perlawanan sulung Liga Semi-Pro di Stadium Shah Alam.
Sementelahan, perlawanan sulung liga tempatan yang dimainkan di stadium ini adalah pada 30hb Julai 1994 apabila Selangor FA beraksi menentang Perlis FA yang berakhir dengan keputusan 3-3. Gol-gol Merah-Kuning dijaringkan oleh Ismail Ibrahim (minit ke-11) dan Anuar Abu Bakar (minit ke-42 dan 60); manakala Singa Utara memperolehi jaringan hasil sumbangan Igor Ivanov (pada minit ke-6); Saidin Osman (minit ke-31 dan 89).
  • Selangor FA: Azlisham Ibrahim; A. Jayakanthan; Azman Adnan; K. Sanbagamaran; Anuar Abu Bakar; Assrof Hanafiah; Zsolt Bucs; Yeo Swee Hock; Ismail Ibrahim; K. Ravichandran; P. Maniam; Reman Regunathan;
  • Perlis FA:  Zulfikar Rajamohan Abdullah; Chan Cheat Swee;  Raja Mohan; Igor Ivanov; Daniel Francis; Saidin Osman; Aziz Ibrahim; Serguer Ladovskhich; Yusri Che Lah; M. Mathivanan; Mazlan harun; Mohammad Nur Mohamed; Alexandre Sodorov;
  • Pengadil: S.K. Kennedy.
----------------------------------------------

4 ulasan:

  1. assalamualaikum ,
    boleh saya dapatkan nombor untuk hubungi pihak encik yang upload gambar stadium ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam alaik.

      Boleh saya tahu untuk apa?

      Terima kasih...

      Padam

  2. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    Islamic themes

    BalasPadam
  3. Salam, boleh saya dapatkan contact. Saya berminat untuk dapatkan beberapa gambar gambar yang Encik upload

    BalasPadam