Selasa, Disember 18, 2018

PEMBINAAN SURAU JANNATUL MA'WA DI DESA TELOK IRA/TAMAN DESA BANGAU, TEMERLOH, PAHANG





PEMBINAAN SURAU JANNATUL MA'WA
DI DESA TELOK IRA/TAMAN DESA BANGAU,
TEMERLOH, PAHANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekalian,

Alhamdulillah, atas keizin-Nya dan segala nikmat yang telah dicurahkan oleh-Nya kepada kita, usaha pembinaan Surau Jannatul Ma’wa di Desa Telok Ira/Taman Desa Bangau telah kini sedang memasuki fasa bagi mengumpul dana kewangan untuk tujuan pembinaan tersebut.

Oleh itu, kami menyeru Tuan/Puan untuk sama-sama infak sebahagian harta untuk pembinaan surau ini sebagai satu amalan Tuan/Puan ke jalan Allah.

Insya-Allah, segala kebaikan dan infak yang diberikan akan menjadi satu “Harta” yang membawa kita ke arah Syurga pada masa kelak.

Dipetik firman-firman Allah S.W.T dan Hadith-Hadith, kelebihan bersedekah adalah seperti berikut:-

Dalil Al-Quran:
Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah, 2: 261)

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Quran surah Al-Baqarah, 2: 274)

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah . Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (surah Al-Baqarah, 2: 276)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. (Al-Munafiquun: 10)

Dalil Hadith:

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya. (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Maklumat Akaun Bank Surau Jannatul Ma’wa adalah seperti berikut:-
NAMA : SURAU JANNATUL MA’WA DESA TELOK IRA
BANK  : BANK RAKYAT
NO AKAUN  : 1101 0100 6334

Kami mohon agar pihak Tuan/Puan dapat menyerahkan slip deposit wang infak/wakaf tersebut kepada kami berserta nama penuh ke EMAIL : jalinankomunitidti@gmail.com atau fb messenger : Desa Telok Ira atau fb messenger Page : Laman Jalinan Komuniti Desa Telok Ira bagi tujuan rekod pemfailan surau dan pengisuan resit infak/wakaf kepada Tuan/Puan.

Kami doakan segala kebaikan Tuan/Puan sekalian akan diganjari dengan segala nikmat kebaikan oleh Allah S.W.T kerana membantu pihak Surau Jannatul Ma’wa merealisasikan pembangunan satu rumah Allah di atas muka bumi ini.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan