Jumaat, Mei 25, 2018

PILIHAN RAYA; PILIHAN SAYA.


PILIHAN RAYA; PILIHAN SAYA.
Dalam PRU, kekal atau ubah, akhirnya idea utama adalah untuk mewujudkan suasana pentadbiran yang telus dengan tatakelola yang baik. Sebagaimana sebeleum ini di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak, rakyat sendiri dapat membuat penilaian serta perbandingan terhadap prestasi kerajaan negeri yang memerintah ketika itu.
Air percuma, BR1M, pemansuhan tol, cuti 16 September adalah antara contoh kecil bagaimana undi kita memberi impak kepada dasar sesebuah kerajaan negeri dan pusat.
Parti yang sedang atau telah kalah, akan cuba memberi serta menjanjikan yang lebih baik berbanding kerajaan sedia ada. Selain menjadi penyemak dan pengimbang yang baik, kemunculan kerajaan dan pembangkang yang berkualiti akan melahirkan kepemimpinan yang berwibawa.
--------------------------------------------------
Parti politik bukanlah akidah. Kita raikanlah demokrasi, selain kesederhanaan dan keadilan dalam beragama serta kehidupan. Jauhi politik ekstrem seperti kafir-mengkafiri serta ketaksuban melampau. 
Sebab itu dalam berpolitik, kita jangan sampai putus saudara. Demikianlah, tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik. Hari ini dia dipuja, esok lusa mungkin dihina. Hari ini dia musuh kita, boleh jadi akan datang menjadi sahabat paling ikrab dengan jiwa.
--------------------------------------------------
Akhirnya, yang kekal hanyalah iltizam untuk menang dan merasai perubahan; atau keselesaan untuk kekal pada keadaan sedia ada. PRU adalah pesta meraikan demokrasi, bukan permusuhan abadi. Buka minda; rangkul keharmonian. Sebarkan salam.


10HB MEI 2018.

10HB MEI 2018.
Fajar baru untuk Malaysia akan menjelma. Moga Kerajaan baharu kelak akan berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia; tanpa mengira baju politik mereka. Masa berkempen telah tamat. Kini masa untuk bina semula negara dan maruah bangsa setanah air.
Hari baru, untuk sebuah Malaysia baru. Kini bukan lagi soal bila mimpi akan jadi nyata. Tapi, bagaimana untuk mengurus perubahan; serta menunaikan segala janji dan harapan.
-----------------------------------------------------
Selepas kalah dalam pilihan raya lah, para politikus akan mengenali siapa yang sebenarnya ikhlas bersama mereka.
Kawan-kawan akan menjauhkan diri, tapi sahabat sejati akan setia bersama.
Bagi yang menang, sang oportunis akan tiba-tiba muncul entah dari mana, bagai semut mengejar gula.
Berwaspadalah. Jawatan dan pangkat adalah amanah besar yang bersifat tidak kekal.
-----------------------------------------------------
Majoriti rakyat menolak UMNO-BN bukan sangat kerana kebobrokan parti tersebut, tetapi kerana kejelikan budaya serta sikap sesetengah pemimpinnya.
Ada yang terlalu angkuh, ada yang gagal menyelami denyut nadi rakyat.
Budaya dan sikap ini boleh saja bercambah dalam kalangan pemimpin parti lain. Baju dan logonya saja yang berbeza.
Berwaspadalah. Rakyat sedang giat memerhati. Selamat berjuang, dan selamat menghormati kuasa suara rakyat -- undi.
-----------------------------------------------------
Akhirnya, kita sendiri perlu bertanya kepada diri kita -- adakah kita okay dengan tindakan melompat parti selepas pilihan raya, atau sebaliknya?
Sang oportunis sedang menyelinap; dari segenap pintu dan tingkap.
-----------------------------------------------------
Secara tiba-tiba, muncul entah dari mana -- para pengkritik jadi-jadian DS Najib dan kepimpinan UMNO-BN, sedang dulu kalian lah yang paling tegar mengipas dan membodek. Demi jawatan, demi pangkat.
Laksana enau dalam belukar -- ada gula, ada lah semut.

The Asian Renaissance.

The Asian Renaissance.
Alhamdulillah, rezeki menyelam buku hari ni. Jumpa koleksi idaman sejak sekian lama.
The Asian Renaissance (1996); Asiaweek (1981); dan FEER (1983).
Terima kasih, ALLAH.
.

MURKA.


MURKA.
Arakian, sekonyong-konyong akhirnya kita pun sedar -- yang berdegar-degar melaung kaum itu dan ini sebagai tidak menghormati sistem Raja Berperlembagaan kita,
Adalah dalam kalangan kita-kita juga. Dialah juga yang melaung hidup Melayu dan Daulat Tuanku di bibirnya, atas kepentingan pangkat dan kuasa.
Tuan-tuan,
Sungguh, sikap biadap dan korup, boleh jadi diamalkan oleh sesiapa sahaja; yang menganut agama apa sahaja.
Maka sebagai umat Islam yang mengaku beriman, kita mesti menjauhi pemimpin serta sifat keji sebegini.
Bersama kita tolak pemimpin yang tidak mementingkan kebajikan rakyat serta tanah air. Bangkit.
----------------------------------
Antara restu, murka dan derma. Antara adab, rasional dan hikmah.
Antara kegilaan dunia; dan takutkan mati.
Moga TUHAN lindungi tanah air dan kehidupan kita -- daripada pemimpin yang gilakan kuasa dan tamak haloba.
.