Jumaat, Mei 25, 2018

10HB MEI 2018.

10HB MEI 2018.
Fajar baru untuk Malaysia akan menjelma. Moga Kerajaan baharu kelak akan berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia; tanpa mengira baju politik mereka. Masa berkempen telah tamat. Kini masa untuk bina semula negara dan maruah bangsa setanah air.
Hari baru, untuk sebuah Malaysia baru. Kini bukan lagi soal bila mimpi akan jadi nyata. Tapi, bagaimana untuk mengurus perubahan; serta menunaikan segala janji dan harapan.
-----------------------------------------------------
Selepas kalah dalam pilihan raya lah, para politikus akan mengenali siapa yang sebenarnya ikhlas bersama mereka.
Kawan-kawan akan menjauhkan diri, tapi sahabat sejati akan setia bersama.
Bagi yang menang, sang oportunis akan tiba-tiba muncul entah dari mana, bagai semut mengejar gula.
Berwaspadalah. Jawatan dan pangkat adalah amanah besar yang bersifat tidak kekal.
-----------------------------------------------------
Majoriti rakyat menolak UMNO-BN bukan sangat kerana kebobrokan parti tersebut, tetapi kerana kejelikan budaya serta sikap sesetengah pemimpinnya.
Ada yang terlalu angkuh, ada yang gagal menyelami denyut nadi rakyat.
Budaya dan sikap ini boleh saja bercambah dalam kalangan pemimpin parti lain. Baju dan logonya saja yang berbeza.
Berwaspadalah. Rakyat sedang giat memerhati. Selamat berjuang, dan selamat menghormati kuasa suara rakyat -- undi.
-----------------------------------------------------
Akhirnya, kita sendiri perlu bertanya kepada diri kita -- adakah kita okay dengan tindakan melompat parti selepas pilihan raya, atau sebaliknya?
Sang oportunis sedang menyelinap; dari segenap pintu dan tingkap.
-----------------------------------------------------
Secara tiba-tiba, muncul entah dari mana -- para pengkritik jadi-jadian DS Najib dan kepimpinan UMNO-BN, sedang dulu kalian lah yang paling tegar mengipas dan membodek. Demi jawatan, demi pangkat.
Laksana enau dalam belukar -- ada gula, ada lah semut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan