Rabu, Februari 28, 2018

SALAH BACA QURAN.


SALAH BACA QURAN.
Mohamed Salah terkenal sebagai seorang pemain bola sepak yang berbakat dan berpengaruh. Bukan sahaja di Mesir – negara asalnya, tetapi juga di seluruh dunia.
Baik ketika beraksi di Serie A mahupun Liga Perdana Inggeris, beliau tidak kekok membawa Kitab Suci Al-Quran untuk dibaca, khususnya ketika waktu lapang seperti sewaktu menaiki pesawat.
--------------------------
Sikap positif seperti ini yang perlu kita contohi, bukan dengan menjadikan video atau ‘posting’ merepek ‘trending’ mahupun tular di arena media sosial.
Masih ingat tak lagi Bobo, Syasya Solero dan Cikgu Shida? Ya, mereka meniti puncak populariti sekelip mata kerana: KITA.
Dan, mereka juga hilang dari radar blogosfera, twitterjaya dan sekalian akaun media sosial; juga kerana kita.
Mereka nak berjaya atau kaya dengan perniagaan; itu rezeki mereka. Tetapi bukan dengan melakukan projek pembodohan masyarakat sehingga memalukan anak bangsa.
Kita semua perlu mainkan peranan; agar pemilik ‘content’ asal tidak memperoleh apa yang mereka mahukan – publisiti, perhatian serta pemasaran percuma.
Supaya iklan, drama, telefilem, dunia seni negara dan yang paling penting, hidup kita -- dapat diselamatkan daripada segala naskah sampah yang menyakitkan hati dan mata.
Kerana harta kita adalah maruah. Dan penyelamat kita adalah iman.
Selamat sedar, Malaysiaku.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan