Selasa, Februari 20, 2018

NAIB PRESIDEN ABIM TAMPIL DALAM PERSIDANGAN BOSPHORUS 2018 (BOSSUMMIT) DI TURKI.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
NAIB PRESIDEN ABIM TAMPIL DALAM PERSIDANGAN BOSPHORUS 2018 (BOSSUMMIT) DI TURKI.
Alhamdulillah, pada 24-28hb Januari 2018, Naib Presiden MBM yang juga Naib Presiden ABIM, Sdr. Jufitri Bin Joha telah berkampung di Selat Bosphorus, Turki bagi menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Perwakilan Pelajar Malaysia Sedunia Bosphorus 2018 (BosSUMMIT) yang menghimpunkan hampir 20 buah Persatuan Mahasiswa Malaysia yang berada di luar negara dari benua Eropah, Timur Tengah, Asia dan Afrika.
Sdr. Jufitri tampil dalam sesi ‘Belia dan Pendidikan’. Persidangan Bosphorus ini berlangsung selama 5 hari di Universiti Fatih Sultan Mehmet Vakif (UFSMV), Istanbul.
Beliau tampil dalam perbincangan nasib dan solusi untuk pelajar lelaki yang sering ketinggalan dalam dunia pendidikan khususnya di sekolah dan universiti di Malaysia.
Budaya mengecam di media sosial diibaratkan sebagai ‘toksik dalam talian’ yang sarat dengan mesej kebencian sehingga boleh menjatuhkan seseorang.
Budaya itu menjadi suatu fenomena yang muncul seperti ‘tsunami’ sehingga sukar bagi pihak yang menjadi mangsa kecaman untuk menepis kecaman yang tular di media sosial.
Sudah tiba masanya kita wujudkan ‘ruang selamat dalam talian' kerana sekarang ini terlalu banyak mesej negatif di media sosial. Kita sudah tidak memikirkan perasaan orang lain.
Dr. Christina Hoff Sommers penulis buku “The War Against Boys” membahaskan fenomena pelajar lelaki ketinggalan di Amerika. Tampak ianya fenomena global yang wajar ditangani.
Di sebalik kebanggaan beliau terhadap kesuburan gerakan feminisme dalam ruang demokrasi, Dr. Christina turut mengkritik gerakan tersebut yang kelihatan hanya memperjuangkan satu gender sahaja sedangkan gender lelaki juga merupakan subjek penting untuk diperjuangkan memandangkan lelaki juga mungkin adalah anak kepada sebahagian aktivis feminisme ini.
Fenomena ini jika berterusan akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan sosial yang akan mendatangkan masalah seperti isu kegagalan fungsi kebapaan atau "fatherhood" di dalam keluarga.
Pelajar perempuan dijangka dan sedang berhadapan dengan isu sekufu dalam memilih calon jodoh yang semakin "limited".
Dasar, sistem dan kaedah pendidikan wajar menangani fenomena ini kerana pelajar lelaki memerlukan kaedah dan teknik belajar yang lain daripada pelajar perempuan.
Persidangan Bosphorus adalah platform di mana setiap perwakilan pelajar Malaysia berkongsi idea, pengalaman serta membincangkan secara kritikal tentang isu-isu semasa dan masa depan negara yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, belia, wanita dan kemasyarakatan serta seni dan budaya.

Program ini adalah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) dan menghimpunkan wakil-wakil pemimpin pelajar Malaysia dari lebih 15 buah negara seperti Mesir, Jordan, UK, Amerika, Rusia, dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan