Selasa, Februari 20, 2018

ABIM UCAP SELAMAT TAHUN BARU CINA 2018.

#CNY #ChineseNewYear #GongXiFaCai
ABIM UCAP SELAMAT TAHUN BARU CINA 2018.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan ‘Xin Nian Kuaile’ dan ‘Gong Xi Fa Chai’ kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua.
Sesungguhnya, keharmonian serta kesejahteraan negara Malaysia yang berbilang kaum serta fahaman, perlu sentiasa dipelihara, demi masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang.
Sikap saling hormat-menghormati serta budaya dialog perlu sentiasa dibugar serta disuburkan, kerana kita digalakkan untuk saling kenal-mengenal dan memahami antara satu sama lain.
ABIM menerusi platform Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM); akan terus konsisten dalam menggerakkan agenda “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” melalui penglibatan anak muda di kampus mahupun negeri.
Semoga Tahun Baru Cina diraikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Rakyat Malaysia – tanpa mengira apa jua latar belakang; perlu menjiwai semangat keharmonian tulen, memperkukuh tekad sejati dan beriltizam untuk menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai masyarakat yang bertamadun.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai!
.
.
Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan