Selasa, Februari 20, 2018

ABIM DAN NGO BAHTERA SERU PROGRAM DWI BAHASA (DLP) DIMANSUHKAN!

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM DAN NGO BAHTERA SERU PROGRAM DWI BAHASA (DLP) DIMANSUHKAN!
13hb Februari 2018 (Selasa): Alhamdulillah, akhbar harian Tamil Malar; Tamil Nesan; dan Makkal Osai telah membuat liputan berkenaan Majlis Peluncuran Gabungan Badan Bertindak Bahasa Identiti Kita (BAHTERA).
Video pelancaran tersebut boleh ditonton di sini:
Program ini berlangsung pada 12hb Februari 2018 (Isnin) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), di mana pimpinan ABIM dan PKPIM telah berperan serta dalam majlis tersebut.
Gabungan yang turut disertai oleh ABIM, PKPIM, GAPENA, PENA dan NGO pelbagai agama dan kaum ini, telah bersetuju untuk menyatukan tenaga dan bergabung bagi memastikan Program Dwi Bahasa (Dual language Program – DLP) dimansuhkan.
Program DLP adalah program yang tidak akan mencapai hasrat dan objektif sebenar, selain merupakan ulang tayang dan jelmaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
BAHTERA dipengerusikan oleh Pengerusi Bersama – Dato’ Zainal Abidin Borhan, Sdr. Stanley Yong Yew Wei dan Sdr. M. Tamil Selvan.
#Keranda152
* Sumber: Kami Ahli Naam Tamilar Malaysia
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan