Sabtu, Disember 30, 2017

ABIM ANJUR FORUM MENDALAMI REFORMASI ANTI-RASUAH.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM ANJUR FORUM KUPAS ISU DANA AWAM 
UNTUK PARTI POLITIK.
15hb Disember 2017: Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjadi penganjur bersama Forum “Public Funding of Political Parties : Breaking The Curse Of Money Politics”. Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim turut menyampaikan perkongsian dalam program ini.
Program ini menampilkan beberapa orang ahli panel seperti Y. Bhg. Tan Sri Dato' Mohd. Sheriff Mohd. Kassim [bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (1991-1993)]; Prof Terence Gomez (Universiti Malaya); Dr Wong Chin Huat (Penang Institute); YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); dan Sdr. Rama Ramanathan (ENGAGE).
KLSCAH dan ENGAGE turut menjadi penganjur bersama program ini, dan wacana ini boleh ditonton di sini:
FORUM DANA AWAM UNTUK PARTI POLITIK:
MENDALAMI REFORMASI ANTI-RASUAH.
20hb Disember 2017 (Rabu): Bertempat di Auditorium, Tingkat 3, Institut Darul Ehsan (IDE) di Shah Alam, telah dianjurkan “Forum Dana Awam untuk Parti Politik: Mendalami Reformasi Anti-Rasuah”.
Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim turut menyampaikan perkongsian dalam program ini:
Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM) tampil selaku moderator, bersama para panelis seperti: Dato’ Saifuddin Abdullah (IDE); Dr. Wong Chin Huat (Penang Institute); dan YB Dr. Ong Kian Meng (Ahli Parlimen Serdang). Program ini adalah anjuran bersama ABIM, Institut Darul Ehsan (IDE), dan ENGAGE (The Rakyat in Action).
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.
Sebarkan!
----------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
Dan, kenali ABIM di sini: 
----------------------------------
[DAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI!]
Dengan: INFAQ@ABIM !
Sila deposit seikhlas hati kalian, ke Akaun ABIM:
BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116
1) Dengan rujukan: infaq@abim
2) Emelkan ke kewangan.abim@gmail.com nama penuh, alamat, nombor telefon serta bukti sumbangan untuk urusan resit.
3) Juga boleh hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui: +603 - 4108 4500.
----------------------------------
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan