Jumaat, Oktober 06, 2017

SEJADAH HIJAU YANG PANJANG.

SEJADAH HIJAU YANG PANJANG.
Tadi waktu Solat Jumaat, cuaca agak terik, dan lantai luar masjid agak panas.
Kemudian, datang seorang hamba ALLAH, dengan gaya seperti seorang warga Indonesia. Pada songkoknya, pada cara pemakaiannya, pada gaya percakapannya.
Nampak letih, dengan baju macam baru balik dari tapak pembinaan.
Kemudian, dia mengeluarkan sehelai selendang hijau dari begnya. Kain yang bersih itu, dihamparkan untuk menjadi sejadah -- tempat sujud, di atas lantai yang panas.
Selendang itu panjang, enam orang sujud di atasnya. Wangi, bersih dan mendamaikan.
Demikianlah, mungkin atas keikhlasan lelaki itu, lantai yang panas tidak lagi sepanas asalnya. Selendangnya yang bersih dan wangi, menjadikan solat lebih khusyuk dan selesa.
.
.
.
Kawan, berbuat baik itu tidak susah, malah ia memberi kebahagiaan dan manfaat kepada manusia lain:
Sebanyak atau sesedikit mana sekalipun.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan