Rabu, Ogos 02, 2017

TRIO PENYERANG BERBISA MALAYSIA.


TRIO PENYERANG BERBISA MALAYSIA.
Hanya yang pernah menyaksikan aksi mereka, akan memahami -- bahawa kita pernah mempunyai deretan penyerang yang berkualiti serta bertaraf Asia.
Kelibat Azman Adnan, Hashim Mustapha dan Matlan Marjan, antara yang paling mewarnai kancah liga tempatan era 90an.
Ketajaman penyudah mereka, menjadi igauan pihak lawan. Kelibat mereka dirindukan, kemeriahan era Semi Pro jadi kenangan.
Pasukan negeri dan kelab perlu memberikan lebih peluang kepada para pemain pelapis dan muda, untuk beraksi lebih banyak dan lama bersama kesebelasan utama.
Kejayaan semasa memang menjadi objektif banyak penaja serta peminat, tetapi pembangunan tunas dan pelapis adalah asas kemajuan masa depan; sesebuah pasukan.
Hanya dengan pendedahan serta pengalaman, mereka dapat membentuk kematangan serta mampu membaca perlawanan.
Semoga kita tidak lagi ketandusan penyerang tempatan yang bagus, untuk mengharum nama negara, ke mercu antarabangsa.
Petik sayur si daun maman,
makan berulam daun pegaga;
habis tahun berganti zaman,
penyerang berbisa ku nanti jua!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan