Rabu, Ogos 02, 2017

AD HOMINEM, PADA TAHAP TERTINGGI.

Iklan kenangan. 
Harmonis.
Pokok perpaduan adalah Kita. 
Padu.
Minda perpaduan.
Tanpa mengenal warna dan status,
tersenyum riang: meraikan kedamaian.
Perpaduan menerusi sukan.
Jalur Gemilang: Panji kebanggaan semua.
“…Berlagulah di serunai hayat yang senafas hirup,
Nyanyian persaudaraan dalam batin yang harus hidup,
Meski antara kita faham-faham berlainan terpaut.”
-- Almarhum SN Usman Awang (Politik, 1959).
-------------------------------------------
AD HOMINEM, PADA TAHAP TERTINGGI.
Percayalah, tak salah untuk lahir sebagai seorang berketurunan India atau kaum lain di Malaysia.
Kita semua -- tanpa mengira warna kulit; adalah hamba yang TUHAN ciptakan; dengan keistimewaan, kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Yang baik untuk kita kongsikan. Yang kurang baik, untuk kita jadikan pengajaran. Saling kenal-mengenal.
----------------------
Percayalah juga Tuan-tuan, yang salah itu adalah -- bilamana semalam kita menjulang seseorang kerana harta dan pangkatnya,
Tetapi hari ini menghina individu itu bagai tak ingat dunia, hanya kerana kita sudah ‘berpaut’, pada dahan yang lain pula.
Pembunuhan karakter dengan mencoreng arang ke atas reputasi serta keturunan seseorang secara berlebih-lebihan, akan kembali memakan diri sendiri.
Ad hominem, pada tahap tertinggi.
----------------------
Kendati pun, tatkala kita tak bersetuju DS Zahid menghina keturunan Tun M, tak perlulah pula kita menyindir keturunan beliau (DS Zahid).
Bersama kita angkat nilai-idea, dan bukan penghinaan-serangan peribadi.
Sekadar pandangan.

:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan