Rabu, Ogos 02, 2017

ABIM BERSOLIDARITI BUAT AL-AQSA, LUNCUR KEMPEN #NAIK MRT INGAT PALESTIN.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM BERSOLIDARITI BUAT AL-AQSA, LUNCUR KEMPEN #NAIK MRT INGAT PALESTIN.
ABIM sedari awal penubuhannya, komited memperjuangkan pengumpulan dana, selain kempen penerangan serta advokasi, untuk menyelamatkan bumi Al-Quds, daripada terus dijajah oleh rejim Zionis Israel.
Pada 7hb Jun 2017, pimpinan ABIM dan PKPIM menghadiri Sidang Meja Bulat Sekretariat ‘Kempen Selamatkan Al-Quds’, “Mengenang 50 tahun Pendudukan Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa oleh Rejim Zionis”. Pada bulan Jun 2017, genap 50 tahun pendudukan Al-Quds (Baitul Maqdis) dan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Zionis susulan serangan kedua mereka ke atas bumi Palestin. Akibatnya, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian Timur al-Quds termasuk Masjid Al-Aqsa telah jatuh di bawah pendudukan haram Israel.
Pada 18hb Julai 2017, pimpinan ABIM dan PKPIM telah hadir dalam sesi mesyuarat di Setapak, Kuala Lumpur, untuk membincangkan tindakan selanjutnya, sebagai respon terhadap penutupan Masjid Al-Aqsa dan pencabulan hak rakyat Gaza-Palestin; bersama wakil daripada pelbagai NGO Malaysia.
Antara yang turut serta dalam mesyuarat anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia ini, adalah Pertubuhan IKRAM Malaysia; Aqsa Syarif; MyCARE; HALUAN Palestin dan lain-lain.
Pada hari Khamis (20hb Julai 2017), telah berlangsung dengan jayanya, Sidang Media Peluncuran Kempen #NaikMRTIngatPalestin di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Taman Cemerlang, Gombak.
Mengambil ruang daripada pelancaran MRT laluan Kajang - Sungai Buloh baru-baru ini, ABIM bersama Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Yayasan Al-Quds Malaysia, Global Peace Mission Malaysia (GPM), Malaysian Life Line For Syria (MLLFS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), FC Barcelona Fans (Malaysia), Retro Bola Sepak serta beberapa NGO kemanusiaan antarabangsa, meluncurkan kempen #NaikMRTIngatPalestin ini. 
Kempen ini adalah bagi meneruskan momentum kempen Save Al-Quds, untuk diterapkan dalam kalangan para pengguna perkhidmatan MRT. Justeru, ABIM mengalu-alukan serta menyeru seluruh rakyat Malaysia -- khususnya pengguna MRT; untuk bersama-sama menularkan dan berkongsi ‘hashtag’ #NaikMRTIngatPalestin dan #SaveAlquds sebagai medium solidariti, ke atas bantahan terhadap kebiadaban rejim Zionis Israel. 
ABIM meneruskan momentum Kempen #NaikMRTIngatPalestin, di Stesen MRT Kajang, Muzium Negara dan Stesen Pasar Seni. Tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi; para pengguna MRT khususnya dari Stesen MRT Kajang, menyambut baik kempen ini. Program ini turut mendapat liputan media daripada Sinar TV dan Al-Jazeera.
Pada 21hb julai 2017 (Jumaat), ABIM dan PKPIM telah berpartisipasi dalam perhimpunan solidariti untuk Al-Aqsa. Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz, dan Naib Presiden ABIM yang juga CEO Global Peace Mission Malaysia (GPM), Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin turut menyampaikan pidato dalam protes aman tersebut.
Perhimpunan aman “Untukmu, Ya Al-Aqsa” ini, berlangsung selepas solat Jumaat, dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur.
.
.
Hasbunallah wanikmal wakil. Sebarkan!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan