Selasa, Julai 18, 2017

PEMAIN MUDA: DI MANA TEMPAT MEREKA?

PEMAIN MUDA: DI MANA TEMPAT MEREKA?
Baik di Malaysia mahupun luar negara, antara isu yang sering kali berlegar ialah tempat dalam kesebelasan utama, untuk para pemain muda.
Bukan mudah untuk atlet-atlet yang berpotensi ini, mendaki tangga senioriti, apalagi kejayaan.
Ramai pemain di bawah usia 23 tahun sukar beraksi untuk pasukan utama, selanjutnya memeningkan jurulatih skuad belia mahupun kebangsaan, untuk memilih mereka dalam panggilan ke kem latihan.
Ramai pemain muda ini, mempunyai kemahiran dan kemampuan tersendiri.
Theo Walcott ketika dipanggil oleh Eriksson dalam skuad England untuk Piala Dunia 2006 pada usia 17 tahun, tidak dapat menyentuh padang dan tidak mendapat sokongan rakan sepasukan senior yang lain.
Ramai mempertikaikan pemilihan Walcott, bukan saja atas faktor pengalaman, tetapi juga jumlah minit permainan ketika bersama kelab ketika itu.
Berbeza dengan legenda Brazil, Ronaldo yang disenaraikan dalam skuad Piala Dunia 1994.
Meskipun hanya hadir sebagai pemain belia berusia 17 tahun, dianggap lebih sebagai maskot dan tidak beraksi di Amerika Syarikat, Ronaldo sudah terkenal sebagai penjaring tegar Cruzeiro dan menjuarai Copa do Brasil.
Benar, Ronaldo punya tempat dan kelasnya yang tersendiri.
Tetapi isu pokoknya ialah: kesanggupan dan keberanian jurulatih dan pengurusan, untuk memberi lebih peluang kepada pemain muda, membuktikan keupayaan di pentas kompetitif, bersama skuad utama.
Kita punya ramai bakat muda. Tetapi jika tidak diberikan peluang, bila lagi mereka akan menimba pengalaman dan kematangan?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan