Isnin, Julai 10, 2017

JUNI: REIZINHO DE SAO JANUARIO, SI PAKAR BOLA MATI DUNIA.


JUNI: REIZINHO DE SAO JANUARIO, 
SI PAKAR BOLA MATI DUNIA.
Dalam lipatan panjang sukan bola sepak, banyak perdebatan tentang siapa yang layak digelar pakar sepakan percuma terbaik.
Ada yang mengharum namanya, ada juga yang dilupakan kerana tidak konsisten.
Pirlo, Beckham dan Zico sentiasa menjadi sebutan.
Tatkala Diego Armando Maradona, Sinisa Mihajlovic, Michel Bastos, Branco, Rivelino, Didi, Cubillas, Chilavert, Michel Platini,
Sneijder, N'gotty, Riquelme, Ballack, Quinonez,
Cristiano Ronaldo, Drogba, Ronald Koeman, Ronaldinho, Messi, Roberto Carlos dan Shunsuke Nakamura; antara yang mekar dalam ingatan.
Namun nama ini -- Juninho Pernambucano, muncul sebagai pilihan yang jelas dan padu.
Pemilik nama asal Antonio Augusto Ribeiro Reis Jr. ini lahir pada Januari 1975 di Tecife, Brazil.
Bukan saja diangkat oleh penyokong Brazil, Vasco Da Gama dan Lyon, bahkan oleh peminat bola sepak seluruh dunia.
Sekurang-kurangnya 75 gol menerusi sepakan percuma, disumbat oleh beliau sepanjang kerjaya profesionalnya.
Satu jumlah yang sukar ditandingi.
Pada 1998, Juninho menyumbat gol bersejarah dalam Kejohanan Intercontinental Cup, ketika Vasgo bertembung gergasi Eropah, Real Madrid.
Sementelah, pada 1998 juga, Juninho menjaringkan gol kencang ke gawang River Plate, ketika Separuh Akhir Piala Libertadores.
6 gol disumbangkan oleh beliau untuk skuad kebangsaan Brazil, sejak membuat debut pada 1999. Juga pernah menjuarai Piala Konfederasi pada tahun 2005, bersama bintang-bintang skuad generasi emas tersebut.
Pada 7hb September 1999, Juninho menjadi pemain pertama dalam sejarah, yang beraksi dalam dua perlawanan rasmi di dua buah negara, pada hari yang sama.
Awalnya, beliau beraksi menentang Argentina, sebelum terbang ke Uruguay menentang Club Nacional de Football, ketika bermain untuk Vasco.
Di Lyon, Jacques Santini menutup mulut pengkritik yang mempertikai keputusan Juninho untuk menyertai kelab tersebut, beebanding pasukan gergasi bola sepak dunia yang lain.
Santini membina sebuah skuad yang dapat mengadaptasi corak permainan Juninho.
Hal ini menjadikan gaya skuad tersebut menjadi mantap, hasil 'set pieces' kreatif Juninho di arena Stade de Gerland. Mereka dinobat Juara Ligue 1, dalam musim pertamanya di sana.
Gol jarak jauh pada 2003, sewaktu menewaskan penjaga gawang legenda Bayern Munich, Oliver Kahn, pasti tak dapat dilupakan penyokong Lyon.
Dari mana jua posisi serta arah sepakan, Juninho tetap dilihat sebagai ancaman setiap kali situasi bola mati.
Beliau telah mencipta teknik sepakan tersendiri untuk meningkatkan peratusan jaringan, meskipun dari jarak yang tampak mustahil.
Menerusi teknik sepakan 'instep striking', ia mengurangkan putaran bola. Selanjutnya, menyebabkan bola melencong
serta menuju ke gawang, dalam keadaan yang sukar dijangka oleh pemain lawan.
Gabungan mantap 'power' dan 'placement' ini akhirnya menghasilkan gol yang kebiasaannya dijangka, daripada beliau.
'Knuckle ball', menjadi trend yang mengujakan.
Dalam buku autobiografinya, Pirlo mendedikasikan satu bab penuh, semata-mata menceritakan bagaimana beliau berusaha keras 'meniru' dan mempelajari teknik sepakan peecuma Juninho.
Prinsip unik ini asalnya digunakan dalam sukan besbol dan kriket, tetapi telah ditransformasikan oleh Juninho, agar sebati dengan falsafah bola sepak.
Bukan itu saja, Juninho terkenal dengan kepimpinan, pengaruh serta kemampuan beliau sebagai 'playmaker' di atas padang.
Kini menjadi pengulas sukan, ada yang terkeliru antara dua Juninho ini: Osvaldo Giroldo Júnior, yang mendapat nama timangan 'Juninho Paulista', yang sangat dikenang peminat Middlesbrough FC.
Apa sekalipun, semua akan terus menjulang Juninho sebagai 'Reizinho de São Januário' - Raja Kecil Sao Januario, pakar bola mati dunia.
Sepakan kencangnya akan terus dikenang, bersama kelibat seorang kapten yang berwawasan serta berdisiplin tinggi.
Siapakah pula pemain Liga-M dulu atau kini, yang anda rasakan mempunyai kepakaran dalam situasi bola mati?
Bincangkan.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan