Isnin, Julai 10, 2017

DEBUT


DEBUT
Pada 7 Julai 1957, bertempat di Stadium Maracana, Pelé yang pada ketika itu berusia 16 tahun 9 bulan, telah menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama dalam penampilan pertama beliau untuk Brazil dalam kejohanan Roca Cup menentang Argentina. Ini menjadikan Pele sebagai pemain termuda yang jaringkan gol di pentas antarabangsa pada waktu itu.
Piala Roca ini merupakan siri perlawanan timbal balik antara Brazil dengan Argentina. Pada perlawanan pertama tersebut Brazil tewas 1-2. Namun dalam perlawanan kedua, Brazil menang 2-0 seterusnya muncul juara kejohanan menerusi kiraan agregat dan salah satu gol Brazil itu sekali lagi disumbangkan oleh Pele.
Keseluruhannya Pele telah jaringkan 77 gol daripada 92 penampilan antarabangsa selain rekod sebanyak tiga kali menjulang kejuaraan Piala Dunia.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan