Khamis, Mac 02, 2017

PERSATUAN PELAJAR ISLAM ARAKAN ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PIMPINAN ABIM DAN PKPIM.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan


PERSATUAN PELAJAR ISLAM ARAKAN ADAKAN
PERTEMUAN BERSAMA PIMPINAN 
ABIM DAN PKPIM.
18hb Februari 3017 (Sabtu): Alhamdulillah, telah diadakan pertemuan di antara Persatuan Pelajar Islam Arakan bersama pimpinan ABIM dan PKPIM.
Antara lain, pertemuan ini dibuat bagi membincangkan peluang menjalinkan kerjasama strategik, atas semangat ukhwah Islamiah, bagi membantu masyarakat serta pelarian Rohingya yang memerlukan.
ABIM bersama agensi sentiasa komited mencari inisiatif serta membantu; sedari awal tercetusnya konflik kemanusiaan membabitkan komuniti Rohingya.
Bukan sahaja dari segi advokasi dan mengutip dana, tiga buah Rohingya Education Centre (REC) turut ditubuhkan, di Klang, Kuantan dan Permatang Pauh, kerana pendidikan merupakan cahaya kepada masa depan anak-anak Rohingya.
Terdahulu, pada 16hb Februari 2017 (Khamis), telah dijalankan ‘Mesyuarat Mengenai Kerjasama Integrasi Belia Rohingya’ di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Dato’ Hatipah Ibrahim.
Turut serta, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga bekas Naib Presiden ABIM, Saudara Jufitri Bin Joha, serta Naib Presiden (Antrabangsa) ABIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. Antara lain, pertemuan ini diadakan bagi tujuan pelaksanaan kerjasama, antara belia Malaysia-Rohingya.
Sedari penubuhannya, Angkatan Belia Islam malaysia (ABIM) konsisten menjalankan inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat; khususnya golongan belia tanah air, berkenaan kesengsaraan dan penderitaan hidup yang dialami oleh umat Islam Rohingya, atas kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah Myanmar/Burma.
Sempena ‘IIUM Convocation Fiest – Convest 15’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Presiden ABIM, Saudara Raimi Ab. Rahim yang juga Presiden Global Peace Mission (GPM) Malaysia sebagai sebuah NGO Kemanusiaan, telah dijemput bagi merasmikan pelancaran kempen “Fund Raising For Rohingya” pada 5hb November 2015.
Saudara Raimi telah memberi khabar tentang masyarakat Rohingya yang sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada kita semua. Isu pelarian Rohingya perlu sentiasa diketengahkan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar, dan seterusnya menegakkan hak sebagai warganegara untuk masyarakat Rohingya di negara mereka sendiri (Myanmar).
GPM juga membuka booth bersebelahan Masjid UIAM bagi memberi pendedahan mengenai misi-misi GPM dan penerangan kempen “Fund Raising for Rohingya”. Isu penindasan umat Islam Rohingya telah disiarkan dalam majalah “Risalah” terbitan ABIM sejak tahun 1982, apabila memuatkan temubual bersama Presiden Rohingya Patriotic Front ketika itu, Saudara Mohammad Jaafar Habib, berkenaan penindasan umat Islam Rohingya di Myanmar (ketika itu dikenali sebagai Burma).
Pelancaran Tabung Pelarian Islam Rohingya oleh ABIM dibuat pada tahun 1992, manakala penubuhan Pusat Informasi Rohingya dibuat pada tahun 90an.
Pada tahun 1991 sahaja, seramai 268,000 dari etnik ini melarikan diri kerana Myanmar tidak lagi selamat untuk didiami akibat pembersihan etnik berkala oleh tentera Myanmar. Selain daripada itu, etnik Rohingya juga berterusan berhadapan dengan penangkapan arbitrari oleh pihak berkuasa.
Penangkapan yang berleluasa ini langsung tidak mempunyai asas dan merupakan satu lagi bentuk penyiksaan yang membuktikan bahawa satu proses penghapusan etnik sememangnya sedang berlaku di Arakan.
Ekoran daripada pembersihan etnik yang tidak berperikemanusiaan ke atas etnik Rohingya berabad lamanya, ABIM komited membela nasib etnik Muslim Rohingya dengan melancarkan kempen “Citizenship For Rohingya” pada 14 September 2012.
Menerusi kempen tersebut, ABIM mendesak agar kerajaan Myanmar bertindak lebih adil dengan mengiktiraf kerakyatan etnik Rohingya, dengan jaminan hak asasi yang terpelihara selaras dengan Artikel 15 Deklarasi Hak Asasi Kemanusiaan PBB.
ABIM juga menyeru untuk semua rakyat Malaysia terlibat dalam kempen “Citizenship For Rohingya” supaya keadilan dapat ditegakkan demi kemaslahatan etnik Rohingya yang juga dikenali sebagai ‘rakyat Palestin di Asia Tenggara’ dan ‘manusia perahu’.
Pada 30hb Mei 2015 pula, ABIM telah mengadakan himpunan sebagai tanda solidariti serta protes terhadap penindasan ke atas masyarakat Rohingya yang telah dinafikan hak mereka sebagai manusia.
Sementelah, Rohingya Education Centre (REC) cawangan Kuantan (Pahang), Permatang Pauh (Pulau Pinang) dan Klang (Selangor) telah ditubuhkan hasil sinergi membabitkan Yayasan Albukhary, United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR), Future Global Network (FGN), WADAH dan ABIM.
Pusat ini merupakan usaha fardhu kifayah, bagi membantu mereka yang menghadapi kesukaran dan kemiskinan serta tekanan dalam kehidupan.
Keutamaan REC adalah bermatlamatkan ‘Iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’. Maka dalam kekalutan pendidikan hari ini, usaha untuk mendidik umat tidak patut hanya bermusim; bahkan biarlah ianya secara berterusan dan disambut oleh semua peringkat lapisan masyarakat.
Mudah-mudahan, dengan menyediakan peluang pendidikan secara lebih terancang dan tersusun, anak-anak Rohingya yang suci bersih ini akan lebih mampu dan bersedia untuk bangkit mengembalikan hak, maruah bangsa dan agama di bumi asal mereka suatu hari nanti.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
http://www.abim.org.my/sekretar…/daftar-keahlian-online.html
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan