Jumaat, Mac 24, 2017

NAIB PRESIDEN ABIM DALAM SEMINAR GERAKAN ISLAM DI IPOH.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
NAIB PRESIDEN ABIM DALAM SEMINAR 
GERAKAN ISLAM DI IPOH.
19hb Mac 2017 (Ahad): Alhamdulillah, Saudara Khairul Arifin Mohd Munir (Naib Presiden ABIM) tampil dalam Seminar Gerakan Islam, mengupas tajuk “Dakwah dan Masyarakat Madani: Sebuah Analisis Gerakan Islam di Malaysia”.
Bertempat di Pendidikan Al-Hidayah, Rapat Setia, Ipoh, program ini memberikan pencerahan mengenai gerakan islam dan pola perubahannya dalam sejarah dunia dan manusia.
Program ini adalah anjuran ABIM Perak, Ikram Perak serta Sekolah Pemikiran Syatibi.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.

[SIDANG MEDIA SEMPENA SEMAKAN KEHAKIMAN KE ATAS PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA) DI ISTANA KEADILAN PUTRAJAYA]









#ABIM #BantahTPPA
[SIDANG MEDIA SEMPENA SEMAKAN KEHAKIMAN KE
ATAS PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK
(TPPA) DI ISTANA KEADILAN PUTRAJAYA]
Pada hari ini (16 Mac 2016) adalah detik kemuncak kepada perjuangan yang dirintis barisan pertubuhan masyarakat madani ataupun NGO yang mewakili kepentingan rakyat Malaysia.
Semakan kehakiman terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang difailkan mulai 4 November 2015 akhirnya telah memberikan kemenangan secara moral kepada negara serta rakyat yang hampir-hampir dikhianati kedaulatannya atas nama perdagangan bebas.
Pada 23 Januari lalu, Presiden Amerika Syarikat (A.S) Ke-45, Donald J.Trump, menandatangani arahan eksekutif untuk menamatkan pembabitan negara tersebut dalam perjanjian tersebut yang sebenarnya turut mendapat bantahan meluas dalam kalangan rakyat A.S sendiri, sehingga menimbulkan tekanan politik yang menghalang ratifikasi TPPA di peringkat Kongres Amerika Syarikat .
TPPA juga turut mendapat tentangan meluas dalam kalangan rakyat negara-negara anggota yang lain. Sebagai contoh di negara Jepun pada tahun 2015; bekas menteri pertanian Jepun, Masahiko Yamada bersama 1,063 pemohon (plaintif) telah mengemukakan semakan perundangan untuk menghalang penglibatan Jepun dalam TPPA.
Kesimpulannya, tentangan terhadap TPPA di Malaysoa adalah sebahagian daripada rangkaian bantahan global terhadap perjanjian yang akan mencengkam kebebasan sosio-ekonomi sejagat.
Kami ingin merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) yang antara lain menggambarkan bahawa kerajaan kurang berminat untuk meneruskan pembabitan negara ke dalam TPPA tanpa komitmen Amerika Syarikat.
Kenyataan ini seakan-akan menggambarkan persepsi sempit pihak tertentu yang mahu negara menyertai TPPA semata-mata untuk mendapatkan “akses” ataupun “spill over” ekonomi dari A.S.
Berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap butiran perjanjian ini yang dikendalikan khususnya oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), jelas terma-terma yang diketengahkan adalah berbentuk kompromi yang sememangnya menjejaskan kemandirian ekonomi rakyat negara kita.
Penyataan MITI ini juga amat disesali kerana kita terpaksa membayar harga yang sangat mahal (RM 15 Juta) dalam bentuk kos sepanjang proses perundingan dan pengurusan teknikal TPPA.
Tambahan pula perjanjian ini ditandatangani secara terburu-buru tanpa membabitkan konsultasi terbuka dengan pelbagai pihak serta stakeholder yang mewakili kepentingan rakyat seperti dalam sektor pertanian, industri, kesihatan dan alam sekitar.
Rangkaian polemik yang tercetus daripada TPPA ini seharusnya menyedarkan kita bahawa setiap rakyat Malaysia adalah stake holder utama dalam sebarang proses yang membabitkan kepentingan negara.
Era “government knows best” telah berakhir selari dengan perkembangan demokrasi serta teknologi semasa.
Semakan kehakiman ini adalah sebahagian daripada manifestasi utama keprihatinan rakyat dan masyarakat global terhadap TPPA.
Adalah menjadi harapan agar pihak kerajaan mengambil iktibar ini dengan lebih berhati-hati dalam sebarang proses perundingan serta perjanjian di peringkat antarabangsa pada masa akan datang tanpa menggadaikan maruah dan kedaulatan negara.
Untuk rakyat Malaysia; kami mendedikasikan usaha ini untuk kepentingan dan masa depan anda!
Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

SEKITAR PERASMIAN IHTIFAL (SUKAN) KEBANGSAAN SERI/SEMI KALI KE-17 DI KUANTAN, PAHANG.



Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan



























SEKITAR PERASMIAN IHTIFAL (SUKAN) 
KEBANGSAAN SERI/SEMI KALI KE-17 
DI KUANTAN, PAHANG.
17hb Mac 2017 (Jumaat): Alhamdulillah, telah berlangsung Perasmian Majlis Ihtifal (Sukan) Kebangsaan SERI/SEMI Kali Ke-17 (Yayasan Takmir Pendidikan) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Hadir merasmikan program ialah YB Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-tugas Khas, yang mewakili Menteri Besar Pahang.
Kemudian, telah berlangsung Majlis Makan Malam Kontijen Ihtifal Sukan Kebangsaan SERI dan SEMI ABIM (Yayasan Takmir Pendidikan) kali ke-17 (2017) dan Sambutan 25 Tahun Sekolah SERI Indera Mahkota di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Syah, Kuantan.
Majlis ini dirasmikan oleh Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim. Ustaz Norhamizi Jamaluddin (Juara Pencetus Ummah 2016 dan Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang - JAIP) tampil memberikan tazkirah dalam majlis ini.
Beliau berkongsi tips untuk membentuk anak yang hebat, antaranya adalah melalui pendedahan terhadap hafazan dan pemahaman Al-Quran, serta membina keberaniannya dalam bertindak.
Selanjutnya, pada 20hb Mac 2017 (Isnin), Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah merasmikan Majlis Penutupan, Ihtifal Sukan Kebangsaan SERI dan SEMI ABIM (Yayasan Takmir Pendidikan) kali ke-17 (2017). Selain majlis penutup, turut diadakan sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara kejohanan kali ini.
Dalam ucapan perasmian penutupnya, Sdr. Mohamad Raimi menekankan bahawa prinsip menutup aurat tidak menghalang aktiviti bersukan serta kebaikan sukan, untuk membina disiplin diri dan fokus, dalam gerak kerja. Program ini berlangsung di Kompleks Sukan, UIAM Kuantan.
Sekolah Rendah dan Menengah Islam ABIM (SERI dan SEMI) merupakan institusi kerakyatan yang dibangunkan bersama Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ABIM (TASKI), Tahfiz ABIM serta Kolej dar al-Hikmah (KDH) dengan memperjuangkan konsep Pendidikan al-Hikmah.
Sukan dan rekreasi tidak pernah dipinggirkan dalam kamus perjuangan. Malahan, Rasulullah SAW sendiri menggalakkan Ummat agar aktif beriadah, untuk rohani dan jasmani yang sihat.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.