Khamis, Mac 09, 2017

8 MAC: ABIM UCAP SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
#InternationalWomenDay #BeBoldForChange #BeraniBerubah #Helwa #ABIM
8 MAC: ABIM UCAP SELAMAT 
HARI WANITA SEDUNIA.
Betapa beruntungnya seorang wanita dalam Islam; jika kita mengetahuinya keistimewaannya. Jika kita mengira berapa banyak jumlah keistimewaan wanita dalam Islam, memang tak kan terhitung.
Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad SAW, pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, seperti dalam sebuah hadith, “Manakah yang lebih mulia, ya Rasulullah, perempuan di dunia ini atau anak bidadari di surga?”
Rasulullah SAW menjawab, “Perempuan dunia lebih mulia dari anak bidadari, laksana lebih mulia pakaian luar daripada pakaian dalam!”
Dalam ANgkatan Belia Islam (ABIM) sendiri, Biro Hal Ehwal Wanita & Pembangunan Wanita (HELWA) memimpin wanita dan keluarga Islam terutama dari kalangan beliawanis di dalam berdepan dengan cabaran kehidupan moden.
Program meliputi kursus peningkatan penampilan diri, pembinaan dan pembangunan keluarga menerusi inisiatif Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR) yang sedang digerakkan. 
Selamat Hari Wanita Sedunia! Terdidik Wanita, Terdidik Generasi.
Beautiful. Confident. Empowered!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan