Selasa, November 22, 2016

PIMPINAN PARLIMEN BELIA UNITED KINGDOM KUNJUNGI PEJABAT ABIM DI KUALA LUMPUR.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN PARLIMEN BELIA UNITED KINGDOM KUNJUNGI PEJABAT ABIM DI KUALA LUMPUR.
17hb November 2016 (Khamis): Alhamdulillah, hari ini Sekretariat ABIM Pusat menerima kunjungan delegasi pemimpin muda United Kingdom, di mana ada dalam kalangan mereka ini merupakan Ahli Parlimen Belia di sana. Turut hadir, wakil daripada Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia.
Kedua-dua pihak mengadakan perkongsian pandangan berkenaan gerak kerja serta isu-isu semasa yang membelenggu masyarakat hari ini dan masa depan. Pendidikan dan dialog menjadi antara kaedah terbaik untuk menangani isu ekstremisme, Islamophobia serta salah-faham terhadap sesuatu agama.
Di pihak ABIM, kita mengangkat agenda ‘Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan’ yang memupuk keharmonian antara agama dan menegakkan nilai manusiawi, iaitu dengan cara membantu golongan yang memerlukan dan menyumbang terhadap pembangunan negara.Isu-isu kontroversi dilihat menerusi sudut berbeza, daripada mencari perbezaan dan bertelagah, kita mencari alasan untuk bersatu.

Dalam konteks Islamophobia dan ekstremisme pula, ABIM mempunyai ‘task force Countering Violent Extremism’, yang berusaha menentang unsur ekstrimis dan pemahaman radikal yang semakin menular di negara ini. 
Menerusi agensi-agensi kemanusiannya, ABIM terus konsisten menyediakan alternatif sebagai platform untuk mengelakkan belia daripada terlibat dengan ekstremisme.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan