Jumaat, September 09, 2016

PRESIDEN ABIM SAMPAIKAN SUMBANGAN PROJEK WAQAF AL-QURAN BRAILLE KEPADA PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PRESIDEN ABIM SAMPAIKAN SUMBANGAN 
PROJEK WAQAF AL-QURAN BRAILLE 
KEPADA PERTUBUHAN PEMBANGUNAN 
ORANG BUTA MALAYSIA.
1hb Ogos 2016 (Selasa): Dr. Professor Sheikh Wahbah Mustafa al-Zuhayli pernah menukilkan bahawa, ‘al-Karamah al-Insaniah’ atau prinsip menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia adalah sumber hak asasi. 
Hal ini merangkumi hak asasi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU); yang hidup dengan penuh ujian di dunia ini; tetapi hakikatnya merupakan golongan yang sangat istimewa serta tabah. 
Alhamdulillah, hari ini Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim bersama para pimpinan ABIM, berkesempatan melakukan kunjungan hormat serta menyampaikan sumbanganProjek Waqaf Al-Quran Braille (sebanyak RM12,864.39), kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) di Brickfields, Kuala Lumpur.
ABIM dan PPOBM telah menjalinkan kerjasama erat dan strategik sejak 2013, sedari pimpinan Presiden terdahulu, Saudara Haji Amidi Dato’ Abdul Manan. 
Projek ini adalah bertepatan dengan cita-cita besar ABIM untuk melahir serta memberdayakan Generasi Al-Quran yang Unik (Jilul Quran Al-Farid).
PPOBM ditubuhkan bagi mewujudkan kesempatan saksama dan pernyertaan sepenuh Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan dalam segala aspek masyarakat. Selain itu, pertubuhan ini turut menyediakan sumber dan perkhidmatan bagi pembangunan sosio-ekonomi OKU Penglihatan di Malaysia.
Selain mencetak Al-Quran Braille, pihak PPOBM turut terlibat mencetak semula buku-buku kanak-kanak serta ensiklopedia untuk tujuan bacaan serta rujukan para OKU Penglihatan.
Dalam pertemuan ini, di samping bahan bacaan Braille; kemudahan awam; serta peluang pekerjaan yang terhad, pihak PPOBM turut menyentuh berkenaan perlunya masyarakat untuk menjadi lebih prihatin dan menyantuni golongan OKU, dalam beberapa isu yang dihadapi oleh golongan tersebut.
Semoga kita semua dapat berganding bahu serta menyumbang; bagi membolehkan mereka berdikari serta menyumbang kepada komuniti, di samping memahami Islam dengan lebih dekat dan jelas.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia 
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan