Rabu, Jun 08, 2016

SAUDARA ADLI ZAKUAN GALAS AMANAH DALAM DEWAN TERTINGGI MBM.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
Saudara
Muhammad Faisal Abdul Aziz,
Setiausaha Agung ABIM.
SAUDARA ADLI ZAKUAN GALAS AMANAH 
DALAM DEWAN TERTINGGI MBM.
Tanggal 26hb Mei 2016, Exco Penerangan ABIM Pusat, Saudara Mohd Adli Zakuan Zairakthaini, buat pertama kali menggalas amanah mewakili ABIM sebagai Ahli Dewan Tertinggi; menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN). Beliau membahaskan 2 perkara iaitu pertama; isu ideologi keganasan dan ekstremisme dan keberkesanan langkah yang diambil kerajaan dalam membendungnya. Kedua, penerimaan pelarian Syria dan ironi kedudukan pelarian yang sedia ada di dalam negara.
Organisasi belia bukan sekadar berkhidmat untuk belia tetapi juga masyarakat. Bukan sekadar masyarakat setempat tetapi juga warga sedunia.
Terdahulu, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM, secara rasmi menyerahkan amanah sebagai Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia mewakili Abim Pusat yang baharu; kepada Saudara Adli Zakuan.
Semoga MBM dan badan gabungan terus subur dengan aktiviti dan idealisme segar untuk sama-sama kita angkat martabat generasi muda. Selamat maju jaya buat Saudara Adli; khusus dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN). Saudara Faisal turut merakamkan ucapan terima kasih buat mentor beliau, Saudara Jufitri Bin Joha serta Saudara Hasnul Haniff Harun dan lain-lain di atas tunjuk ajar selama ini.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan