Rabu, Jun 29, 2016

LOVESTORY

"..If Italy is a man while Spain is a woman, each time they meet, it would be a wonderful 'love story'…" - RBS.
Setiap 'kisah cinta' mesti ada pengakhirannya...
Apa kesudahan pertemuan ini? 
Agak-agak kamu?.
Retro Bola Sepak : "Someone, somewhere, is made for you", bak kata Jerman yang tengah tunggu di suku akhir.
.

MESSI.


MESSI

Pilu pula tengok imej ini.
Wajah simpan 1,001 kekecewaan yang pikul harapan tidak terlunas jutaan rakyatnya.
Sebegini grandé pemain ini di peringkat dunia khususnya bersama kelabnya, tetap sayu, pilu dan sedih bilamana gagalkan bawa piala untuk negaranya.
Sebabnya dia pikul maruah negara. 
Beza sesetengah orang lain, sudah lah kalah dibelasah langsung sombong membongkak, pada peminat pun pandang tak hendak.
Buat Messi dan rakan-rakan...
Kalau jatuh bangun lah...
Kalau luka sembuh lah...
Kalau duka ceriakan lah...
Kalau sakit pulihkan lah...
Kalau gagal iktibarkan lah..
Macam selalu RBS bilang dahulu, 'kalian bukan gagal, cuma kejayaan sahaja yang tertangguh'.
PESAN

"Messi perlu kekal dalam skuad kebangsaan. Dia akan ke Russia dalam prestasi yang baik untuk muncul juara dunia. Beliau perlu harapkan bantuan rakan-rakan lain yang sedia pacu kemaraan Argentina.
Yang tidak sanggup boleh angkat kaki. Mereka yang suruh Messi bersara sebenarnya mahu lihat Argentina jatuh.
Saya terkilan dengan apa yang jadi dengan bola sepak Argentina kendalian Argentine Football Association (AFA). Kita sudah jatuh, terperosok di bawah".

Pujuk legenda Diego Maradona pada Lionel Messi.
.

FORZA ITALIA

FORZA ITALIA 

"Kita serang sama-sama, kita bertahan sama-sama".

RBS's MOTM : Antonio Conte

.

FROSTBITE

FROSTBITE
England 1 - Iceland 2; ini adalah kejutan paling besar dalam sejarah kejohanan Euro. Atau dalam persepektif bolasepak Inggeris, keputusan paling memalukan dalam sejarah mereka. 
Ini lebih teruk dari tewas pada USA pada tahun 1950 atau tewas kepada Romania pada tahun 2000. Untuk rekod, populasi Iceland hanya sekitar 300,000, lebih kurang populasi negeri Perlis. 
Tahniah Iceland! Takziah England. Bolasepak Inggeris, telah benar-benar 'mati', telah selamat 'dikuburkan'. Dengan gaya permainan 'keras kesejukkan' seperti tadi, kami pasti tidak ramai akan meratapi 'kematian' ini.
RBS's MOTM: penyokong Iceland yang hanya meliputi 1/4 dari kapasiti stadium, namun menjadi 'pemain' ke 12 menenggelamkan sokongan penyokong lawan. 8% penduduk Iceland berada di Perancis untuk memberi sokongan.
.

BADI

Peristiwa genap empat tahun lalu, tanggal 28 Jun 2012 di National Stadium, Warsaw​, separuh akhir EURO 2012​ antara dua jagoan Eropah, Jerman dan Itali.
Pertembungan dua negara ini singkap sejarah panjang antara mereka.
Untuk rekod, Jerman sebelum itu tidak pernah mengalahkan Itali dalam mana-mana kejohanan utama dunia, samada Piala Dunia mahupun Kejohanan Eropah.
Piala Dunia 1962, mereka terikat 0-0. Di Piala Dunia 1970, dalam perlawanan yang digelar Match of the Century​ di Estadio Azteca​, Itali menang menumpaskan Jerman Barat 4-3 untuk mara ke final. Piala Dunia 1978, kedua-duanya sekali lagi seri tanpa jaringan. Piala Dunia 1982 di Sepanyol, Itali muncul juara dunia selepas mengalahkan Jerman Barat 3-1 dalam perlawanan akhir. Kemudian di UEFA Euro 1988​ pula, Itali-Jerman terikat 1-1. Peringkat kumpulan UEFA Euro 1996​ sekali lagi seri tanpa jaringan. Perlawanan masyhur, separuh akhir Piala Dunia 2006 antara tuan rumah Jerman dengan Itali. Suatu perlawanan epik dan dramatik, Itali muncul pemenang untuk mara ke final dengan skor 2-0. 
Dan campur perlawanan ini, pasukan yang sebelum itu kandas awal di Piala Dunia 2010 berbanding Jerman yang ke Euro 2012 sambil bawa rekod 15 kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa, Jerman sekali lagi terkena 'badi' Itali.
Ramalan ramai menjangka Jerman bakal ke final nyata meleset.
Dua gol dari Mario Balotelli​ memadai untuk membantu Itali mara ke final meski di saat akhir, Jerman meraih satu gol saguhati.
Bilmakna, sedari 54 tahun yang lalu, Jerman tidak pernah menang ke atas Itali, bila bertembung di pentas kompetetif.
Zaman Franz Beckenbauer​, zaman Karl-Heinz Rummenigge​, zaman Lothar Matthäus​, Jürgen Klinsmann​ dan Rudi Völler​, atau Michael Ballack​ dan Miroslav Klose​, Jerman badi untuk kalahkan Itali.
Stigma dan tanggapan tersebut seolah menghantui para pemain Jerman.
Sebenarnya tiada lah sebadi mana pun, sebab dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, biasa Jerman tumpaskan Itali. Terbaharu, Mac lalu, Jerman bantai anak buah Antonio Conte​ 4-1 di Allianz Arena​.
Suku akhir UEFA EURO 2016​ sekali lagi Itali-Jerman bakal beradu kuat.
Memoir nostalgia antara kedua negara tersebut, cukup banyak untuk disingkap.
Teringat kata-kata bekas pemain Jerman Barat era 80an dahulu, Felix Magath​;
"Bila kamu lihat begitu bersemangat pemain Itali menyanyikan lagu kebangsaan mereka, kamu tahu yang kamu bakal ditentang sehabis mungkin sepanjang 90 minit perlawanan oleh mereka".
Retro Bola Sepak​: Suku akhir kelak, seterujanya kita ini dek kerana bakal disajikan dua pertembungan kuasa bola sepak dunia, Jerman dan Itali! Perlawanan pasti berlangsung epik!
.

LAND OF FIRE AND ICE

Iceland telah membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan disiplin yang tinggi, tidak mustahil untuk sebuah 'pulau' kecil yang berpopulasi lebih kurang negeri Perlis boleh pergi sejauh suku akhir kejohanan bolasepak berprestij tinggi. 
Lebih menarik, Iceland mengalami suhu yang rendah hampir sepanjang tahun sehingga liga mereka hanya dapat berjalan selama 5 bulan, dari Mei hingga September sahaja.
Dan, walaupun mereka tidak ada kelab yang diuruskan secara profesional, mereka ada lebih 180 jurulatih berdaftar yang mempunyai lesen UEFA kelas A dan lebih 600 jurulatih berdaftar yang mempunyai lesen UEFA kelas B. Dan 7.4% populasi Iceland adalah pemain bolasepak yang berdaftar, samada secara profesional, remaja atau amatur, dan mereka ada lebih 100 pemain yang berumur bawah 25 tahun yang bermain dalam liga-liga berbeza di serata eropah.
Kalau ada pemain kebangsaan negara yang berkedudukan 'ranking' 173 dunia ke bawah beri alasan tubuh kami kecillah, kami tak boleh main dalam cuaca panaslah, kami tak boleh main dalam cuaca sejuklah, kami tak boleh main di bawah tekananlah, liga kami gred D lah, talent pool kami kecillah, kami 'homesick'lah, anda boleh sumbat pemain-pemain tersebut bersama alasan mereka dalam kotak penyimpanan ais, dan benamkan mereka dalam jurang paling dalam di Lautan Pasifik.
.

TIKI TAKA EMPIRE BEGINS.

Tarikh 29 Jun 2008, serentak dengan keberjayaan Sepanyol merangkul trofi UEFA Euro 2008, selepas menundukkan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir, tanda bermulanya era Tiki-taka Sepanyol menguasai pentas bola sepak dunia.
Sedari itu, mereka juga telah julang trofi ulung Piala Dunia pada edisi 2010 dan mengulang pencapaian menjadi juara berganda Eropah di EURO 2012.
Sekian banyak pasukan cuba atasi taktikal tiki-taka Sepanyol, sebanyak itu juga yang ketewasan di tangan La Roja.
Ramai berkata, empayar tiki-taka Sepanyol itu, 'raja' nya adalah Xavi dan Andrés Iniesta. Hendak label mereka sebagai enjin, buah fikir, nadi, jantung atau apa sahaja, mereka lah yang menghidupkan tiki-taka itu. 
Selepas bersaranya Xavi pasca tersingkirnya Sepanyol di saingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 yang lalu, sedikit demi sedikit rentak tiki-taka Sepanyol juga kian pudar. 
Banyak pasukan sudah mula temui tonik danTaktikal BOLA Dunia terbaik untuk menyaingi Sepanyol.
Tempoh hari, sebaik tewasnya Sepanyol kepada Itali dalam saingan 16 pasukan akhir UEFA EURO 2016, ramai penganalisis mengandaikan bahawa, Sepanyol sejak tahun 2008, sebenarnya akan bergelut bertemu pasukan yang menggunakan taktikal tiga pertahanan tengah.
Samada 3-5-2, 3-4-1-2, 3-4-3, 3-1-4-2 atau 5-3-2, La Roja memang sukar sebenarnya untuk menang dengan variasi formasi sebegini. EURO 2012, masa saingan kumpulan Itali dah tunjuk cara nak kekang Sepanyol. Itali gunakan formasi 3-5-2, berjaya ikat Sepanyol seri 1-1. Cuma apabila final kemudiannya, Itali kembali ke formasi 'back-four', baharu lah Sepanyol mampu bermain tiki-taka mereka dengan mudah. Formasi yang sama juga Itali gunakan ketika bertemu Sepanyol di separuh akhir Piala Konfederasi 2013, berjaya mengikat Sepanyol tanpa jaringan sebelum tewas dalam penentuan penalti.
Piala Dunia 2014, Belanda juga adaptasikan sistem yang sama, tiga pertahanan tengah. Hasilnya cukup memberangsangkan. Belanda belasah Sepanyol 5-1. Dalam saingan kumpulan yang sama, wakil Amerika Selatan juga gunakan taktikal tiga pertahanan tengah, yang menyaksikan mereka menang 2-0 seterusnya menunjukkan Sepanyol jalan pulang.
Dan perlawanan beberapa hari lalu, Antonio Contemerapikan ramuan paling optimum untuk meneutralkan taktikal Sepanyol.
Konsep tiga pertahanan tengah yang kental, 'wing-back' di kedua-dua belah sayap yang sentiasa turun naik. Pemain tengah yang sentiasa berlari menutup ruang. Mengasak lawan setiap masa. Dua penyerang hadapan yang punyai peranan tersendiri, seorang gunakan kelebihan fizikal untuk asak pertahanan lawan, dan seorang lagi jadi tukang godak. Dan kena juga dipastikan punyai penjaga gol berkaliber. Semua ini disatukan melalui disiplin ketat dan kerjasama sepasukan.
'Blueprint' Conte ini bakal jadi ikutan. 
Cuma kalau pasukan yang bertemu lawan bertaktikal seperti konsep Conte ini, apa pula taktikal yang harus diterapkan?
Perancis di era millenium, kemudian Sepanyol danFC Barcelona di pentas dunia dan Eropah, dominasi A.C. Milan di Eropah era lewat 80an dan awal 90an, dominasi Liverpool FC dan Manchester United dalam liga Inggeris, kehebatan Real Madrid C.F. dalam saingan Piala Eropah, dominasi Thailand dalam pingat emas acara bola sepak Sukan SEA, atau apa sahaja contoh legasi dominasi pasukan-pasukan tertentu.
Pengakhirannya, setiap yang grande itu pasti berpenghujung...
.

APLIKASI STAMINA RAMADHAN DALAM KEHIDUPAN.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
APLIKASI STAMINA RAMADHAN DALAM KEHIDUPAN.
Kekalkan Stamina Yang Dibina Sempena Ramadhan” - Ustaz Mohd Shazni Abdullah
15hb Jun 2016 (Rabu): Alhamdulillah, Exco Dakwah ABIM, Al-Fadhil Ustaz Mohd Shazni Abdullah telah membuat perkongsian di Surau Muwafiqin, Magnaville Selayang, Lebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves (berhampiran Hospital Selayang).
Beliau menekankan kepentingan menjaga kesihatan bagi menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan ikhlas. Bulan Ramadhan, menurut beliau, bukanlah alasan untuk kita menjadi lesu serta bermalas-malasan.
Sebaliknya, “…Kegembiraan menyambut Ramadhan seharusnya diterjemahkan dengan banyak menunaikan ibadah.”
Tazkirah silih berganti. Berjilid-jilid peringatan kita dapat sebagai motivasi untuk menunaikan ibadah. Tetapi apa yang lebih penting; adalah untuk kita menzahirkan dan melaksanakan amal ibadah tersebut.”
Ustaz Shazni turut menyeru kepada masyarakat supaya menyumbang dan memperbanyakkan sedekah serta infaq di bulan Ramadhan.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
.

KELUARGA KECIL KAMI.

KELUARGA KECIL KAMI.
Alhamdulillah, terima kasih saya dan isteri ucapkan buat sahabat serta saudara-mara yang sudi menziarahi keluarga kecil kami.
Terima kasih juga buat Presiden ABIM, Abang Mohamad Raimi dan Exco Penyelidikan Abim Pusat, Abang Bob (Firdaus Mankind) yang sudi menziarahi Amir Naufal di Taiping.
Syukur, Muhammad Amir Naufal sudah genap sebulan, serta sudah menerima suntikan imunisasi.
Mohon doakan yang baik-baik – untuk kita semua.
Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan kita semua.
Amin.
.





PERINGATAN.


PERINGATAN.
Alhamdulillah, bulan Ramadhan kali ini, diberikan kesempatan menyampaikan tazkirah di Sekretariat ABIM dan beberapa buah masjid sekitar Kuala Lumpur.
Segan juga, dengan ilmu yang tak seberapa, serta pengalaman yang cetek cuma.
Semakin banyak kita menyampaikan, semakin banyak pula rasa kekurangan pengetahuan di minda dan di dada. Banyak lagi yang perlu dipelajari.
Perjalanan masih jauh…
Terima kasih kepada yang menjemput serta memberi peluang. Maaf atas segala kekurangan.
Ramadhan Kareem; ALLAHU Akram!
.

Isnin, Jun 13, 2016

FORUM BELIA CINTA RAMADHAN DI MASJID SALAHUDIN AL-AYUBI.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
FORUM BELIA CINTA RAMADHAN DI 
MASJID SALAHUDIN AL-AYUBI.
11hb Jun 2016 (6 Ramadhan 1437H): Menampilkan Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim; Tokoh Belia ASEAN 2014, Saudara Jufitri Joha; serta Presiden PKPIM, Saudara Fazril Saleh, “Forum Belia Cinta Ramadhan” telah dianjurkan di Masjid Salahudin Al-Ayubi, Taman Melati, Gombak.
Saudara Raimi menekankan berkenaan betapa pentingnya kita mengangkat generasi Al-Quran yang unik -- yang menghargai, membudaya, menghidup serta mengamalkan ajaran dalam Al-Quranul Karim.
Saudara Jufitri pula menyentuh mengenai perlunya kita mentadabbur Al-Quran; memahami Kitab Suci ini dengan kefahaman yang sebenarnya. Hal ini menurut beliau, penting bagi menyentuh hati setiap pembacanya.
Para panelis bersependapat bahawa Al-Quran tidak seharusnya hanya dibaca ketika ditimpa musibah atau waktu tertentu. Sebaliknya, ia perlu diamalkan sebagai rutin; supaya kecintaan terhadap Islam menjadi semakin mendalam dan bermakna.
Forum Belia Cinta Ramadhan” merupakan acara tradisi ABIM setiap tahun pada bulan Ramadhan bersama karyah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi. Tahun ini menerusi tema “Membina Keluarga dan Generasi Al-Quran”, ABIM buat kesekian kalinya mempelawa para belia untuk terus dekat dengan Al-Quran bagi membentuk generasi Al-Quran yang unik lagi cemerlang.
Terima kasih buat semua yang menjayakan program khususnya buat Yang Berbahagia Dato’ Rahim, Pengerusi JKP Masjid yang sentiasa memberi sokongan kepada Abim Pusat.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------
JOM INFAQ RAMADHAN @ ABIM!
Ayuh salurkan sedeqah dan infaq anda di bulan Ramadhan yang mulia ini melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Infaq Ramadhan anda akan dimanfaatkan bagi tujuan-tujuan berikut :
+ Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) untuk disampaikan kepada asnaf-asnaf zakat.
+ Program-program Bantuan Kemanusiaan (Malaysia dan Antarabangsa)
+ Pembangunan Pendidikan dan Dakwah Kepada Non-Muslim dan Saudara Baru
+ Program-program Bimbingan Belia dan Masyarakat Madani
+ Cetakan dan Sebaran Bahan-bahan Ilmiah
Semoga sumbangan anda yang budiman diganjari Allah dengan sebaik-baik amalan soleh.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :
==================
DEPOSIT KE AKAUN :
==================
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
Bank Islam : 14023010032527
Maybank : 564221610116
ATAU
=========================
SUMBANGAN ATAS TALIAN :
=========================
=========================
MAKLUMAT PERHUBUNGAN:
=========================
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
No. Telefon : +60126211545 (Pn. Badriah) / +60132226057 (En. Syahrir)
Emel: kewangan.abim@gmail.com
Website : www.abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
---------------------------------------
#AndaHulurkanKamiSampaikan
#KebangkitanIslamJilid2
#InfaqKitaBahagiaBuatMereka
#45TahunABIM #ABIMdiHatiku #AyuhDakwah
#SebarkanSenyuman #SebarkanSalam #IslamItuDamai
#EkstremismeMusuhSemuaKeyakinan
#MaknaiRamadhan
--------------------------------------
Silakan, bersama kami, sebarkan, sumbangkan, infaqkan, sampaikan, kongsikan.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Terima kasih.

.