Isnin, Mac 07, 2016

SEKRETARIAT ABIM PUSAT TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI UNITED KINGDOM SERTA SURUHANJAYA TINGGI BRITISH DI MALAYSIA.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SEKRETARIAT ABIM PUSAT TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI UNITED KINGDOM SERTA SURUHANJAYA TINGGI BRITISH DI MALAYSIA.
4hb Mac 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada wakil Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia serta delegasi “Muslim Voices Exchange Programme” dari United Kingdom.
Mereka di Malaysia dari 2hb hingga 4hb Mac 2016, dalam rangka kerja menyebarkan kesedaran berkenaan keganasan menerusi program “Countering Violent Extremism (CVE)” di seluruh dunia. Projek ini juga adalah bagi mengukuhkan hubungan kerjasama strategik UK-Malaysia pada peringkat komuniti.
Terdahulu, pada 3hb Mac 2016 (Khamis), ABIM dan delegasi dari United Kingdom ini, mengadakan pertemuan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur, bagi membincangkan soal kerjasama serta bertukar pandangan.
Semoga banyak manfaatnya program ini, dalam menyebarkan keindahan serta keramahan Islam kepada seluruh lapisan masyarakat.
Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) turut membuat pameran ketika kunjungan delegasi tersebut ke Sekretariat ABIM Pusat, selain membuka reruai jualan dan pameran di Islamic Life Style Festival, Setiawangsa, Kuala Lumpur.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan