Rabu, Januari 27, 2016

PRESIDEN ABIM BERPIDATO BANTAH TPPA!

PRESIDEN BERPIDATO BANTAH TPPA!
23hb Januari 2016 (Sabtu): Alhamdulillah, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim berkesempatan menyampaikan pidato dalam Himpunan Bantah TPPA di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Kehadiran ribuan rakyat begitu bersemangat; dalam keadaan cuaca yang baik.
Dalam ucapannya, Saudara Raimi menekankan bahawa bicara dan perjuangan ABIM berkaitan TPPA ini bukan retorika. “Kita yakin bahawa kita memperjuangkan yang hak. Kita akan terbelenggu! Generasi akan datang... generasi saya... generasi anak-anak, cucu-cicit Tuan-Tuan... akan mendapat bahana daripada perjanjian TPPA!”.
Kemudian, pada 26hb Januari 2016 (Selasa), ABIM hadir bersama para aktivis dan mahasiswa; menyatakan sikap kita -- terhadap usaha meluluskan TPPA di Parlimen.
Kesan-kesan negatif TPPA jelas kelihatan dan membimbangkan. Marilah sama-sama kita sokong dan dokong kempen tak nak kepada TPPA demi melihat masa depan Malaysia dan generasi muda yang lebih terjamin!
Saya ingin tegaskan peringkat awal ini ABIM bersama TERAS, UNGGAS serta NGO-NGO lain akan terus membantah TPPA.
Kita percaya sistem kehakiman sebagai “ultimate interpreter” kepada Perlembagaan Persekutuan, mempunyai hak serta bidangkuasa untuk mengahalang perjanjian ini, daripada ditandatangani, kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Atas sebab itu, kami hadir ke sini bersama teman-teman NGO untuk memastikan rakyat Malaysia diwakili serta mendapat hak untuk menyampaikan hasrat mereka menerusi sistem perundangan.”
-- Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim.
Terdahulu, pada 4hb November 2015, bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, ABIM telah menfailkan permohonan Semakan Kehakiman terhadap: Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di antara: Malaysia, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat.
Dalam permohonan itu, mereka memohon untuk diberi kebenaran di bawah Aturan 53 Kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung beberapa perkara melibatkan perjanjian TPP.
Hasbunallah wanikmal wakil...
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
#ABIM #ABIMdihatiku #sejahterakanmalaysiadengandakwah
_____________________________________
DAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI TAHUN 2015
Sepanjang 44 tahun penubuhannya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sentiasa bersungguh- sungguh dalam gerak kerja yang merangkumi pelbagai sektor serta lapangan seperti berikut :
Pembangunan sosial dan kebajikan.
Pendidikan, latihan pembentukan kepimpinan dan keperibadian.
Dakwah kepada golongan bukan Islam.
Misi-misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.
_____________________________________
Bagi sama-sama menjayakan misi serta agenda murni ini, ABIM menyeru kepada penyumbang-penyumbang budiman sama ada individu perseorangan, institusi-institusi kerajaan, korporat serta swasta, dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memenuhi keperluan kewangan dalam melaksanakan program-program yang akan digerakkan.
Sumbangan dan juga infaq anda yang budiman boleh DIKECUALIKAN DARI CUKAI melalui Tabung Kebajikan dan Pelajaran ABIM.
_____________________________________
Berikut adalah cara bagaimana untuk sama-sama berpartisipasi di dalam usaha pembangunan dan pembentukan tamadun khayra Ummah bersama dengan ABIM.
Sumbangan atas talian boleh dibuat melalui pautan berikut :
ATAU
Deposit/pindahan wang ke akaun ABIM:
Bank Islam : 1402-3010-0111-88
Maybank : 5642-2161-0116
Emelkan maklumat seperti nama, alamat, no telefon, emel dan juga bukti sumbangan ke :
No. Telefon : 0132226057 (SU Kewangan ABIM)
_____________________________________
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB:
Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM):
______________________________________
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
_____________________________________
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).
#TPPA #bantahTPPA #JanganJUALnegara
#DLP #bantahDLP #keranda152
#AlAqsa #WillNeverBeDivided #Malaysia4Syria #SaveRohingya #SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria #SebarkanSalam
.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan