Khamis, Disember 31, 2015

PRESIDEN ABIM LAKUKAN KUNJUNGAN 10 HARI KE TIMUR TENGAH.

Logo ABIM.
Saudara Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PRESIDEN ABIM LAKUKAN KUNJUNGAN 10 HARI KE TIMUR TENGAH.
Alhamdulillah Presiden ABIM, Saudara Haji Mohamad Raimi Ab Rahim dan Naib Presiden, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail, telah menjalani pemusafiran selama 10 hari ke Mesir, Dubai dan Qatar. Banyak perkembangan dan pesanan menarik untuk dikongsikan berkaitan perkembangan ABIM Mesir, situasi semasa Mesir, Timur Tengah dan siri kunjungan ziarah-wacana dengan para ulama’ seperti Syekh Taha Jabir, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Dr. Ahmad Raisuni, Syeikh Ali Qaradhagi, Dr. Hisham A. Hellyer dan lain-lain.  
Turut menyertai pertemuan tersebut ialah seorang lagi Naib Presiden ABIM, Saudara Khairul Arifin Mohd Munir dan delegasi Institut Darul Ehsan (IDE) yang antara lain diwakili oleh YB Senator Prof. Madya Dr. Muhammad Nur Manuty, YB Kamaruddin Jaafar, dan Saudara Marwan Bukhari (penyelidik IDE).
‘Fiqhul Jihad’ adalah antara karya besar al-Allamah al-Syeikh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah. Dua jilid - lebih kurang 1,400 muka surat sahaja - yang penuh dengan perbincangan yang mendalam dan kritikal.
Saudara Raimi menzahirkan rasa kesyukuran kerana berkesempatan bertemu dan mendengar pencerahan berkaitan hal ehwal semasa umat Islam daripada Setiausaha Agung al-Ittihad al-Alami li ‘Ulama al-Muslimin (International Union of Muslim Scholars), Syekh ‘Ali al-Qaradhagi. Seorang tokoh yang cukup dikenali dalam dunia kelimuan, kewangan dan perbankan Islam. Sedang menantikan kitab beliau yang terbaru, Fiqh al Mizan.
Saudara Khairul Anwar pula dalam catatannya menulis, “…Hari yang berbahagia bersama al-‘Allamah Syeikh Dr. Ahmad al-Raisuni, seorang ulama’ al-usuli al-Maqasidi berasal dari Maghribi, kini turut memegang jawatan sebagai Naib Rais kepada Ittihad al-Ulama’.”
Ujar beliau lagi, “…Selama beberapa tahun ini membaca beberapa kitab karangan beliau. Sempat mensyarahkan salah-satu kitab beliau iaitu ‘al-Hurriyyah fi al-Islam’, dan alhamdulillah turut sempurna menterjemahkan kitab beliau tersebut yang akan diterbitkan nanti, in sya ALLAH.”
“…Seorang syeikh yang ‘alim dan tawadhu’ yang tidak lekang menasihati anak muda agar mendalami ilmu, moga-moga ALLAH merahmati Syeikh, in sya ALLAH.”
Seorang lagi Naib Presiden ABIM, Saudara Khairul Arifin Mohd Munir turut mengadakan pertemuan dengan Sheikh, University of Jordan yang mengajar Maqasid Syariah di Jordan dan banyak menulis tentang Maqasid Syariah. Beliau bersama delegasi Institut Darul Ehsan (IDE) turut mengadakan pertemuan bersama dengan Dr. Majed F. Abu Ghazalah. Beliau adalah Pengurus IIIT di Amman, Jordan.
Ini merupakan kunjungan hormat; membincangkan program-program termasuk kerjasama penganjuran Persidangan Antarabangsa di Malaysia, dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought (IIIT). Beliau juga menyerahkan hampir lebih 20 buah buku terbitan IIIT Jordan.
Terdahulu, pada 15hb Disember 2015 (Selasa), Saudara Raimi dan Saudara Anwar telah tampil dalam “Diskusi Belia: Ilmuwan Muslim dan Misi Pencerahan Umat” yang dianjurkan oleh ABIM Mesir. Dalam suasana perlumbaan ideologi dan agama untuk merebut pengaruh dalam kalangan manusia zaman kini, ilmuwan Muslim perlu tampil di tengah-tengah medan, untuk menawarkan penyelesaian secara praktik.
Kegagalan ilmuwan Muslim mempersiapkan diri mereka dengan nilaian ilmu yang utuh menyebabkan beberapa permasalahan umat tidak mampu dijawab dengan baik seterusnya mengakibatkan sebahagian masyarakat mencari tempat berpaut lain kerana beranggapan Islam tidak mampu menyelesaikan masalah.
Menyedari akan kepentingan ini, ABIM Mesir menganjurkan program ini untuk komuniti Malaysia di Mesir ini khususnya mahasiswa, dalam usaha menyuburkan lagi budaya ilmu yang sedia tertanam, dalam roh penuntut ilmu di bumi anbia’ ini. Program ini dijalankan di Dewan Masjid Tantawi, Hayyu Sabie dari jam 7 sehingga 10 malam.
Pada 17hb Disember 2015 (Khamis), Saudara Raimi dan Saudara Anwar bersama pimpinan ABIM Mesir telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Kunjungan ini telah disambut baik oleh YM TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir. Semoga dengan lawatan ini merapatkan lagi hubungan baik antara ABIM dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah demi kebaikan bersama.
Sementelah, pada 18hb Disember 2015 (Jumaat), Program “BookTalk: Edisi Khas” telah dijalankan dari jam 7 hingga 9 malam. Saudara Raimi membedah buku “Jati Diri dan Psikik Melayu” karya Ahmad Mohamad Said di Tingkat 3, Bangunan MARA, Iskandariah, Mesir. Saudara Anwar pula mengupas buku “Radicals: Resistance and Protest in Colonial Malaya” karya Syed Muhd Khairudin Al-Junied, di Academic Center Medic Mesir, Mansurah, Mesir. Semoga banyak manfaatnya kunjungan kali ini, dalam membina jaringan serta memperkukuhkan ukhwah antara ABIM Pusat, ABIM Mesir, Kesatuan ulama’ Sedunia serta semua yang terlibat – secara langsung mahupun tidak.  
_____________________________________
Hasbunallah wanikmal wakil...
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Salurkan infaq anda ke akaun ABIM : Bank Islam – 1402-3010-0112-19
ATAU
Melalui sumbangan atas talian yang disediakan oleh syarikat billplz.com :https://billplz.com/form/infaq-abim
ATAU
Sumbangan bulanan melalui auto debit : Whatsapp/SMS ke 013-2226057 butiran seperti Nama dan Alamat untuk urusan pengeposan borang Auto Debit.
_____________________________________
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM):
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
_______________________________________
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
______________________________________
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan