Isnin, Ogos 03, 2015

Booth MLLFS Di Persidangan Embracing Rasulullah SAW.


MLLFS BUKA BOOTH PAMERAN DAN JUALAN DI PERSIDANGAN ‘EMBRACING RASULULLAH 2015’, PICC, PUTRAJAYA.
1hb Ogos 2015 (Sabtu): Alhamdulillah, Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) berkesempatan membuka booth pameran serta jualan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya. Booth ini dibuka sempena ‘Global Islamic Conference: Embracing Rasulullah SAW (Walking In The Prophet’s Footsteps)’; dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dari hari Sabtu hingga Ahad, 1-2 Ogos 2015.
Persidangan ini menggabungkan cendiakawan serta penceramah Muslim yang tersohor, bagi membincangkan personaliti serta akhlak Rasulullah SAW, bersama kehidupan Baginda SAW yang memberikan kesan dan pengaruh yang besar kepada umat sejagat.
Antara tarikan utama persidangan kali ini pastilah Mufti Menk, yang dikenali kerana keilmuan serta kemampuan beliau menyampaikan sesuatu ilmu secara indah dna menarik. Beliau turut membimbing seorang Muallaf dari Jepun, Saudara Kogi untuk mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam majlis ilmu tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada selebriti, Shasha Saidin yang sudi mengunjungi booth MLFFS. Beliau menyuarakan keprihatinan terhadap nasib serta penderitaan anak-anak Syria yang dizalimi.
Kami di Malaysia Life Line for Syria mengalu-alukan sumbangan daripada sekalian rakyat Malaysia yang budiman...
Sila klik : www.malaysia4syria.org
Hulurkanlah bantuan anda, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin…
Ayuh, sebarkan salam!
#Malaysia4Syria #WeWillNeverSurrender #RamadhanAlHabeeb #NoLostGeneration #SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria #4YearsOfRevolution #StandWithSyria #AssadWarCrimes #PrayForSyria #FreeSyria #PeduliSyria #SebarkanSalam
------------------------------------------------
Teruskan menyumbang ke:
Nama Akaun : SALAM SURIAH RESOURCES
Maybank : 5645-5733-8496
Bank Islam : 12-113-01-005343-3
CIMB : 86020-41215
Email : donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 0341416732 / 013222605
*Untuk urusan resit pengecualian cukai, mohon emelkan kepada kami butiran berikut :
1. Nama penuh
2. Alamat
3. No. telefon
* Kepada Tuan/Puan yang ingin membuat sumbangan secara bulanan melalui ‘auto-debit’ (potongan gaji), sila berikan: nama, alamat penuh dan nombor telefon untuk pihak kami hantarkan borang permohonan. Borang ini perlu diposkan kepada MLLFS semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan