Rabu, Julai 01, 2015

Ke Dubook Store ke kita?

Ke DuBook Store Ke Kita.
Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke ‪#‎DuBookStore. Kedai buku yang ada jiwa. Terletak di belakang PKNS Bangi.
Seronok lihat anak-anak muda yang tersenyum dan nampak gembira -- hanya dengan membaca dan menatap grafiti Usman Awang, Wiji Thukul dan Chairil Anwar, di pintu masuk ke kedai ini.
DuBook berjaya hidupkan semula pembacaan buku bercetak dalam kalangan anak muda. Paling penting, bila baca, kena juga berfikir. Supaya dapat pisah yang baik dan yang sebaliknya.
Membaca jambatan ilmu. Sungguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan