Isnin, Julai 27, 2015

Jersi Merah Kuning, kenangan 1998 dan 2002.


Jersi Merah Kuning, kenangan 1998 dan 2002.
1998 merupakan tahun suram Selangor, yang jatuh ke Perdana Dua selepas disingkirkan oleh Larzslo Repasi dan rakan-rakan dari Perak.
Siapa boleh lupa wajah Azman Adnan yang tiba-tiba berjambang dan bermisai pada tahun itu.
Ketika ramai memperlekeh kemampuan Man Turn, beliau membuktikan dengan prestasinya; apabila muncul selaku Penjaring Terbanyak dan Pemenang Kasut Emas 1999, serta mengetuai Pulau Pinang selaku kapten, untuk menjuarai Perdana Satu.
Ketiadaan Azman di Selangor membolehkan Super Sub Merah Kuning, Rusdi Suparman membuktikan kemampuannya selaku penyerang utama, dengan Anugerah Kasut Emas Perdana Dua 1999.
Tahun 2002, menandakan munculnya sosok Amri Yahya dalam bola sepak tempatan apabila menjaringkan gol emas dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
Tahun-tahun tersebut juga menyaksikan penggunaan logo lonjong Merah Kuning, yang mungkin mempunyai pengaruh Calcio-Juve.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan