Isnin, Julai 13, 2015

Boikot dan Hak; Melayu dan Islam.

Boikot dan Hak; Melayu dan Islam.
Nak boikot peniaga penipu dan kurang ajar; terserah. Itu memang hak kita sebagai pengguna.
Tapi, memandangkan golongan penipu ini bukan hanya terdiri daripada sesuatu kaum, maka elakkanlah daripada melonggokkan kebencian terhadap sesuatu kaum -- hanya kerana sikap segolongan penipu tersebut.
Kita memang Melayu; tetapi kita juga ada agama -- Islam. Kita memang Melayu; tetapi kita sedang menjalani ibadah puasa.
Sayu bila lihat betapa mudahnya masyarakat kita (Malaysia) bereaksi dengan emosi yang melampau dalam sesuatu isu -- meskipun kita tidak jelas letak duduk perkara tersebut.
Daripada isu berbondong-bondong manusia bersesak untuk membeli jubbah dan tudung berjenama sehinggalah isu 1MDB yang masih lagi kita tidak pasti apa kebenarannya. Tatkala banyak isu viral yang menenggelamkan memori tragedi MH17 dan MH370.
Teladanilah akhlak dan sikap terpuji Nabi Muhammad SAW. Sebarkanlah salam. Bersamalah kita doakan masyarakat dan negara kita dilindungi dan dipelihara oleh ALLAH SWT daripada perkara yang tidak baik.
Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk kita -- dan menjadi lebih baik dari tahun terdahulu.
Hasbunallah wanikmal wakil.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan