Selasa, Mei 05, 2015

FIRAUN DAN PERINGATAN BUAT SEKALIAN UMAT MANUSIA.

FIRAUN DAN PERINGATAN 
BUAT SEKALIAN UMAT MANUSIA.
Di dalam Al Qur’an Surat Yunus 10 : 90-92, ALLAH SWT mengisahkan tentang tenggelamnya Fir’aun, seorang raja yang zalim, membuat kerosakan dan melampui batas:

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah kepada ALLAH)”. (Q.S 10:90).
(ALLAH berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman)? Padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.” (Q.S. 10 : 91)
“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”. (Q.S. 10 : 92)
Jasad Firaun kemudiannya diawetkan hingga utuh sampai sekarang yang ditemukan pada tahun 1898 di Mesir. Inilah peringatan daripada ALLAH SWT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan