Selasa, Mac 17, 2015

Selangor Menang 2-0 di Shah Alam: Salam Ulang Tahun, UltraSel!

I
“Bersatu dengan jiwa… Bersatu dengan nyawa…
Julang sumpah setia… SELANGOR selamanya!”
Selangor Menang 2-0 di Shah Alam.
Alhamdulillah, Sahabat Kelab Peminat Azman Adnan (G19) dan Retro Bola Sepak (RBS) berkesempatan menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Selangor dan Sarawak di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 14hb Mac 2015. Sebelum perlawanan, kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta liga untuk empat perlawanan terdahulu menyaksikan Sarawak di tangga ketujuh manakala Selangor kelapan saling berkongsi lima mata hanya dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol.
Bagaimanapun, Selangor melonjak ke tangga ke-3 Liga Super selepas berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Shah Alam, sekaligus membuka kembali peluang mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga musim ini.
Gol Afiq Azmi (pada minit le-10) dan Fitri Sazwan Raduwan (minit ke-77) cukup untuk membekalkan 3 mata buat Gergasi Merah, seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan. Selangor yang membenam PDRM, 4-1 turut meneruskan kempen Piala FA setelah menewaskan Felda United FC.
Berikut merupakan senarai penjaring untuk Selangor: Andik (2 gol); Afiq (2 gol); Hazwan (1 gol); Hadi (1 gol); Paula (1 gol); dan Fitri (1 gol).


II
Salam Ulang Tahun, ultraSel!
Selamat ulang tahun ke-5 diucapkan buat gerakan penyokong Selangor yang tegar, ultraSel. Menjelang 17hb Mac 2015, sudah 5 tahun usia pergerakan ini. Kita sedia maklum bahawa ultraSel nermula daripada Ultras Malaya yang mencetus fenomena budaya ultras di Malaysia. Daripada UM'07 lah lahirnya ultras negeri-negeri yang lain termasuk ultraSel.
Terkenang coretan Admin UM’07 ketika awal mereka membuka halaman Facebook rasmi: “…Kerana pada setiap Anak Malaysia, harus ada cinta yang marak menyala. Kami seru semangatmu harimau, bangkitlah kamu dari pembaringan. Love Is A Burning Thing.”
Selamat ulangtahun, ultraSel. Selangor Sampai Mati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan