Jumaat, Januari 30, 2015

Seputar Sidang Meja Bulat berkenaan ISIS di Putrajaya.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.

]
I
Seputar Sidang Meja Bulat 
berkenaan ISIS di KBS, Putrajaya.
PUTRAJAYA, 29hb JANUARI 2015 – Alhamdulillah, Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah menghantar wakilnya ke Persidangan Meja Bulat Belia, yang membincangkan isu ‘Kumpulan Militan Islam Iraq Dan Jajahannya (ISIL): Antara Perjuangan dan Semangat Jihad’. Moderator untuk program ini ialah Saudara Jufitri Joha, Tokoh Belia ASEAN 2014, yang juga Pengerusi Malaysia Life Line for Syria (MLL4S).
Persidangan anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) atau IYRES dijalankan dengan objektif penganjurannya adalah untuk membincangkan dan mengemas kini perkembangan terkini dan sebenar berkenaan krisis perjuangan ISIL di Timur Tengah. Program ini diadakan di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Ucapan aluan program telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, YBrs. Dr. Wasitah binti Hj Mohd Yusof. Pembentangan Sesi Pertama di tersebut disertai oleh Encik Kennimrod Saribuja dan Cik Jasmine Mohamed Jawhar dari Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri, dengan tajuk ‘Apa Itu ISIL?’.
Sesi pembentangan ketiga dan keempat persidangan disampaikan oleh Tuan Haji Saharuddin Hassan selaku Pengarah Asia Barat Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri dan DSP Ahmad Norisham Maarus dari Unit ‘Counter Terrorism’, PDRM. Tuan Haji Saharuddin membentangkan tajuk ‘Reaksi Masyarakat Antarabangsa Terhadap ISIL’, manakala DSP Norisham dengan tajuk ‘Pencegahan Militan di Malaysia.’
Sesungguhnya, program seperti ini penting untuk memberikan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya kegiatan militant. Juga agar tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh anasir yang tidak diingini itu.
Majlis penutup persidangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBhg. Dato’ Harun Che Su. Dalam majlis ini juga turut diserahkan ‘Resolusi Persidangan’ untuk dijadikan ‘Nota Jemaah Menteri’ yang akan dibentangkan pada peringkat Kabinet.
Sementelah, buku terbitan SEARCCT turut diedarkan untuk peserta persidangan tersebut secara percuma. Selesai persidangan tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa masih banyak pemahaman tentang isu ini perlu dipupuk, agar Islam tidak dilihat buruk di mata masyarakat. Semoga ada tindakan yang lebih adil dan dinamik dapat diambil, lanjutan daripada program ini, daripada sekadar resolusi, in sya ALLAH.


Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Bersama sahabat saya yang budiman 
dari Syria, Saudara Wael Aldroubi. Beliau kini 
tinggal di Malaysia. Banyak yang beliau puji tentang 
negara kita. Semoga ALLAH SWT pelihara kita daripada
perkara-perkara yang tidak baik, in sya ALLAH.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 
Dikenali sebagai seorang yang peramah
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian
telah melelong pingat Juara Piala Malaysia
kesayangannya, untuk disumbangkan ke
Tabung Gaza dan Syria.
23hb Jun 2014: Siaran langsung
Scoreboard (TV3) bersama Abg 
Jamsari Sabian,
bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan
yang berjasa. Terima kasih buat Kru 
Scoreboard tv3 new official
yang banyak membantu. Syukur.
Kenangan siaran langsung
Scoreboard, TV3.
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan
terkesan akibat konflik peperangan.  
II
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS


Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
III
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.

------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia.