Rabu, Ogos 20, 2014

Tahniah, Jen – sudah ada firma sendiri.

Graduan Undang-Undang
UiTM Shah Alam.
2011: Jen ketika diterima masuk
menjadi Peguambela & Peguamcara,
di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
2011: Jen dan saya, di Mahkamah
Tinggi Shah Alam. Beberapa bulan kemudian,
saya pula diterima masuk sebagai peguam
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kenangan.
Jen dan Asfalla, dua
sahabat yang saya
hormati.
2010: Kenangan saya berhujah selaku
'peguambela' ketika demonstrasi perbicaraan
mahkamah untuk kes jenayah, ketika satu kelas
kuliah. Jen memegang watak selaku
Majistret. 
Jen kelihatan bahagia,
ketika hari persandingannya
di Temerloh.
2014: Jen dan isteri, bersama
anak kesayangan,
Muhammad.

Ketika melawat Muhammad yang
baru beberapa bulan lahir.
Comel.
Saya, Jen dan beberapa sahabat lain,
ketika majlis perkahwinan sahabat kami,
Anwar di Jitra, Kedah.
Tahniah, Jen – sudah ada firma sendiri.
Ketika sedang membaca beberapa artikel sambil membelek-belek Facebook, ternampak sahabat baik saya, Khairul Mukhtar mengemaskini status FB nya - bahawa beliau sudah mempunyai firma guaman sendiri. Khairul, atau nama panggilannya ‘Jen’ (singkatan untuk ‘Jeneral’) merupakan sahabat sekuliah yang pernah sama-sama menyewa rumah dengan saya dan kawan-kawan lain di Padang Jawa, Shah Alam. ‘Geng KDRS PJ’, panggilan untuk penyewa rumah tersebut selama 3 tahun, sentiasa mengingatkan kami erti persahabatan dan persaudaraan.
Kami – saya dan Jen - mula kenal sejak tahun 2006, bila mana beliau melanjutkan pengajian sebentar di UiTM Kedah di Merbok, Sungai Petani. Sebelum itu pun pernah kenal, memandangkan beliau terlibat selaku jawatankuasa penganjur Debat Naib Canselor UiTM 2005 di UiTM Shah Alam, di mana saya dan sahabat-sahabat Kelab Debat Bahasa Melayu UiTM Kedah, berjaya menjadi Naib Johan, hasil bimbingan Encik Haswira Hashim, pensyarah undang-undang saya.
Jen (nama penuhnya, Khairul bin Mukhtar),  diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara pada tanggal 28hb Oktober, 2011. Beliau berpengalaman mengendalikan kes-kes sivil, jenayah, perusahaan dan pekerjaan, keluarga (bukan Muslim), wasiat dan surat pentadbiran, dan penyediaan perjanjian-perjanjian komersil/dagang termasuk perjanjian harta alih tidak alih.
Berikut adalah butir-butir firma beliau (Khairul Mukhtar & Izwan Azmi  - KMI)
No. Tel : 03-56143808 / 013-2221275 (En. Khairul Mukhtar);
No. Fax : 03-56143908;
Lokasi di NO.1-12, ALAM IDAMAN BUSINESS CENTRE, NO.2, JALAN BUDIMAN 22/3, SEKSYEN 22, 40300 SHAH ALAM.
Tarikh 4hb Ogos 2014 menjadi hari keramat bagi kelahiran firma guaman KMCo (kemudiannya dikenali sebagai KMI). Semoga Jen dan firma guamannya ini akan terus melakukan yang terbaik dalam memberikan perkhidmatan undang-undang kepada sesiapa yang memerlukan dengan niat sesuci hati untuk menegakkan keadilan di atas muka bumi ini, in sya ALLAH.
Para sahabat sekalian bolehlah ‘PM’ ke laman FB KMI untuk bertanyakan segala permasalahan yang relevan berkaitan isu undang-undang. Atau, untuk lebih jelas, boleh sahaja hubungi nombor telefon yang telah diberikan.
Seorang sahabat yang baik, serta suami-bapa yang penyayang, saya ucapkan selamat maju jaya buat beliau. Semoga Jen dan keluarga -- serta kita semua -- bahagia dan senantiasa dinaungi oleh Rahmat ILLAHI. Juga, semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Amin.
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan; hidup biar berjasa. Padu.
----------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. https://www.facebook.com/pages/Khairul-Mukhtar-Izwan-Azmi/1572747982996379?sk=photos_stream&tab=photos;
  2. http://www.malaysianbar.org.my/legaldirectory/mfirmdetail.php?fid=12815;
  3. http://kmlegallaw.blogspot.com/;
  4. http://rumahsayacantik.blogspot.com/2015/07/office-decoration-for-khairul-mukhtar.html;
  5. http://www.businesslist.my/company/375979/khairul-mukhtarco;
  6. https://www.facebook.com/khairul.mukhtar.1?ref=ts&fref=ts.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan