Khamis, Julai 17, 2014

Sedikit tentang aib dan buli.

Sedikit tentang aib dan buli.
Dalam insiden gadis bertudung mengamuk yang sudah ‘viral’; tidak sedikit yang nampak keburukan sikap beliau. Namun, tidak ramai yang nampak realiti yang menakutkan: kuasa internet; yang menjadikan dunia ini terlalu kecil dan sempit.
Dan yang menjadi isu ialah tindakan orang ramai mendedahkan segala maklumat peribadi perempuan tersebut. Hanya melalui info nombor plat kereta dia. Kuasa internet yang menakutkan. Tindakan mengaibkan perempuan tersebut secara berlebih-lebihan (sehingga menyebarkan segala maklumat peribadi beliau), seolah-olah kita pula yang bersikap buruk dan membuli. ALLAH 'Alim.
Bak kata sesetengah bijak pandai, kita semua nampak baik bukan sebab kita baik, tapi sebab ALLAH SWT menutup aib kita. Jadi, jangan kita buka aib orang bila ALLAH SWT tutup aib kita.
Banyak masa yang kita boleh jimatkan jika lebih bertolak-ansur dan usaha kawal nafsu amarah. Tak ada siapa pun yang sokong sikap-akhlak perempuan tu. Ugut, maki, tak beradab dengan orang tua. Memang salah, malah ada yang dah tarik masuk isu perkauman. Tapi, kita pun tak pasti apa cerita sebelum kes langgar tersebut. Payah juga kalau terlalu mudah menghukum.
Seharusnya, ada yang usaha lebih sikit daripada para saksi ketika kejadian untuk leraikan. Mungkin boleh usaha lindungi Uncle itu dengan usaha untuk ambil ‘steereng lock’ daripada perempuan tersebut; sebab agak ramai juga saksi bila tengok dalam video tu. Mujur cuma hentak kereta dan bukan fizikal Uncle itu.
Iktibar untuk kita semua. Kalau berlaku kemalangan, dan kereta masih boleh dipandu, usahalah untuk ketepikan dulu kenderaan untuk elakkan kesesakkan. Kalau khuatir yang melanggar ada niat jenayah, terus ke balai, buat laporan. Bukannya ambil ‘steering lock’, hentak kereta orang dan rampas kunci kereta orang lain.
Pengajaran bersama: pedoman. Cuma, pastinya insiden ini akan babitkan maruah dan beri kesan kepada privasi ahli keluarga perempuan tersebut. Budaya terlalu mudah menghukum sehabis boleh ni memang menakutkan. Bayangkan kalau jadi pada ahli keluarga atau diri kita sendiri.
Akhir kalam, berhati-hatilah dalam setiap perlakuan kita di dunia nyata. Berhati-hati jugalah dalam menekan papan kekunci di alam maya (internet). Semoga kita dijauhkan daripada melakukan fitnah/pengaiban: baik di dunia nyata mahupun internet. Juga, semoga kita dipelihara oleh ALLAH SWT daripada perkara-perkara yang tidak baik. ALLAH SWT melihat dan menilai. Salam Ramadhan buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan