Kelab Jersi Kita, diasaskan dengan matlamat
untuk menyuburkan minat rakyat Malaysia terhadap
koleksi jersi bolasepak pasukan/kelab tempatan.
Alhamdulilah,
pada 9hb Mac 2014 (Ahad), wakil Kelab Jersi Kita (KJK)
berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Kempen #syrianeedsyou yang
dianjurkan di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam. Seperti yang kita sedia
maklum, Kelab
Jersi Kita (KJK) akan membuka ‘booth’ pameran dan jualan di
Stadium Malawati, Shah Alam pada 15hb Mac 2014 (Sabtu) ini.
Antara
jersi yang dipamerkan di ‘booth’ KJK ialah jersi nadir (rare) pasukan-pasukan
liga bola sepak Malaysia dari era Semi-Pro sehinggalah sekarang. Booth ini
dibuka bersempena ‘Program
Pidato Keamanan dan Pelancaran Kempen #SYRIANEEDSYOU’ yang
dianjurkan oleh ‘Malaysia Life
Line for Syria’ (MLL4S).
Berikut
adalah beberapa aktiviti yang sedang dirancang sepanjang hari dari pagi
sehingga program kemuncak pidato keamanan pada waktu malam: Pidato keamanan,
‘flash mob’, gerai jualan dan pameran, derma darah, pameran autoshow (motor dan
kereta), ‘hi-tea’ dan lelongan barang oleh artis-artis Usrah Fitrah,
persembahan pentomen, aktiviti ‘Kids for Syria’, makan tengahari amal bersama
anak-anak yatim dan anak-anak Syria, program basuh kereta amal dan banyak lagi
aktiviti-aktiviti lain.
Sekadar
makluman, MLL4S merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan
matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan.
Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya
dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi
yang diketuai oleh Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan
Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Sinar
Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia
Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000
kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Ketika
majlis pelancaran petang semalam, Ketua Pengarah Eksekutif Malaysia Life Line
For Syria (MLL4S), Saudara Syahrir Azfar dalam ucapannya menyatakan bahawa
pihak MLL4S begitu menyenangi kerjasama dan penyertaan banyak pihak daripada
pelbagai segmen pertubuhan dan masyarakat dalam karnival kali ini. Untuk rekod,
antara pameran dan jualan yang dijalankan ketika karnival pada Sabtu ini ialah pameran
jersi langka bola sepak Liga Malaysia, pameran oleh Kelab Mini Cooper, Kelab RD
Malaysia dan lain-lain lagi.
Saudara
Syahrir juga menjelaskan bahawa MLL4S sudah dikenali ramai dan diperakui sebagai
pertubuhan yang boleh dipercayai dalam memegang amanah penyumbang dana untuk
disumbangkan kepada rakyat Syria. Selain sumbangan yang disampaikan sendiri ke
bumi Syria secara berkala dan konsisten, MLL4S (dengan kerjasama beberapa badan
lain) turut telah membuka kilang roti dan pusat perubatan yang disediakan untuk
rakyat Syria.
Sementara
itu, Saudara Naim Jusri, Ahli Majlis (Perwakilan Zon 7), Majlis Bandaraya Shah
Alam (MBSA) pula menekankan bahawa MBSA begitu berbesar hati untuk menyokong program
Karnival #syrianeedsyou ini apabila mengenakan kadar sewaan minimum untuk
Stadium Malawati, Shah Alam.
Selain
ucapan dan majlis jamuan, tentatif program turut diisi dengan tayangan video
suasana terkini di Syria, selain persembahan lagu ‘Syria Berdarah’ yang
didendangkan oleh penerbit daripada TV AlHijrah, yang dimulakan pada jam 3 petang ini
berlangsung secara santai dengan baik sehingga kira-kira pukul 6 petang.
Alhamdulillah.
Bersama
kita martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu!
.
|
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan