Ahad, Disember 15, 2013

Kelayakan Piala Dunia 1994.

Peringkat Pertama Kelayakan Piala Dunia 1994 berlangsung pada bulan Mei 1993. Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan E, sekadar menduduki tempat ketiga, di atas Macau dan di belakang Kuwait serta Arab Saudi. Malaysia yang diperkuatkan dengan pemain hebat seperti Azizol Abu Haniffah dan Azman Adnan, mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kuwait, seri 1-1 dengan Arab Saudi, dan menang 9-0 ke atas Macau di Kuala Lumpur. 

Kemudian, di Taif, Malaysia tewas 0-2 kepada Kuwait, kalah 0-3 kepada Arab Saudi dan menang 5-0 ke atas Macau. Antara anggota skuad kendalian Ken Worden ini ialah: Khairul Azman; V. Murugan; See Seng Kim; Kin Hong Lee; K. Gunalan; Ahmad Yusof; Swee Hock Yeo; Shahrin Majid; Zaid Jamil; Malek Rahman, A. Elanggovan; P. Maniam; Azizol Abu Haniffah; Dollah Salleh; Zainal Abidin Hassan; Mubin Mokhtar; A. Jayakanthan dan Azman Adnan. 
----------------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. Akhbar Utusan Malaysia;
  2. Akhbar New Straits Times;
  3. Majalah Arena Bola Sepak;
  4. https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
  5. https://www.facebook.com/hangpcdua.malaya?ref=ts&fref=ts;
  6. https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan