Sabtu, November 30, 2013

Kelayakan Piala Dunia 1998 (Mac 1997 - Stadium Shah Alam).







Pada bulan Mac 1997, sewaktu Peringkat Pertama Kelayakan Piala Dunia 1998, Malaysia menduduki tempat kedua dalam Kumpulan 1, iaitu di belakang Arab Saudi dan di atas Chinese Taipei dan Bangladesh.  Malaysia menewaskan Bangladesh 2-0, seri 0-0 dengan Arab Saudi, menang 2-0 ke atas Chinese Taipei di Shah Alam. Di Jeddah, Malaysia seri 0-0 dengan Chinese Taipei, tewas 0-3 kepada Arab Saudi, dan menang 1-0 ke atas Bangladesh. 

Anggota skuad Kelayakan Piala Dunia 1998 – yang dikendalikan oleh Wan Jamak Wan Hassan -- ialah: 1. Khairul Azman Mohamed; 22. Mudzar Muhamad; 4. Rizal B. Sukiman; 6. M. Chandran; 15. Azmil Azali; 20. Che Zambil Ahmad; 14. Rosdee Sulong; 18. Yap Wai Loon; 17. Zainal Abidin Hassan; 9. Ahmad Shahrul Azahar; 16. Idris Abd Karim; 11. Suharmin Yusuf; 13. Zami Mohd Noor; 7. Mohd Nazri Yunus; 5. B. Rajanikhand; 12. K.Sanbagaraman; 10. Khairil Zainal; dan 19. Azman Adnan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan