Jumaat, September 06, 2013

Program Bedah Buku “Di Sebalik Ikhwan Muslimin.”

Muka depan buku “Inside the Muslim Brotherhood” edisi Bahasa Melayu.
Saudara Douglas Thompson, seorang wartawan dan penulis mapan.
Puan Fadhlina Sidek Sidek, Naib Presiden (Helwa) ABIM, bersama Saudara Thompson.
Antara gambar kenangan Saudara Thompson sewaktu program bedah buku beliau di Quality Hotel, Shah Alam pada 5hb September 2013.
DSAI turut mengupas sedikit-sebanyak berkenaan naskah tulisan Saudara Thompson.
Santai: Saudara Thompson dan DSAI.
Sebahagian daripada hadirin program.
Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Timbalan Presiden WADAH serta mantan Presiden ABIM, turut menyampaikan buah fikiran beliau.
I
Naskah ini merupakan buku biografi Youssef Nada, yang terkenal sebagai pemimpin berpengaruh Ikhwanul Muslimin. Buku setebal 308 muka surat ini adalah satu catatan pengalaman seorang tokoh Ikhwan Muslimin di ‘balik tabir’ yang berperanan sebagai ‘Menteri Luar’ pertubuhan tersebut. Ada juga yang menggelarnya sebagai menjadi Mursyidul Am ‘de facto’ Ikhwan Muslimin. 
Beliau yang lahir pada 17 Mei 1931, mengambil keputusan untuk menceritakan segala pengalamannya sebagai anggota Ikhwan Muslimin secara terbuka melalui buku ini. Tulisannya bertepatan dengan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir yang berlaku pada bulan Januari 2011.  
Youssef Nada menyertai Ikhwan ketika berumur 17 tahun iaitu pada tahun 1948 dan terus setia dengan perjuangan Ikhwan sehingga hari ini. Sepanjang 65 tahun penglibatan beliau di dalam Ikhwan, beliau telah melalui pahit getir perjuangan, jatuh dan bangun dalam kehidupan.
Mulai dari disumbat ke dalam penjara, kemudian berhijrah ke luar negara, menjadi ahli perdagangan antarabangsa yang tersohor, menggerakkan aktiviti dakwah peringkat global, melibatkan diri dalam perbankan Islam dengan menubuhkan Bank al-Taqwa, menjadi ‘Menteri Luar’ Ikhwan Muslimin hinggalah kepada usaha-usaha mendamaikan antara Iran dengan Saudi Arabia, Yaman dengan Saudi Arabia, Iran dan Iraq, Iran dan Amerika Syarikat serta Afghanistan dan Rusia. 
Dalam rangka melaksanakan peranan sebagai ‘Menteri Luar’ ini, beliau telah menjelajah ke merata dunia, di mana saja beliau diperlukan tanpa menghiraukan keselamatan dirinya sendiri. Contohnya, dalam usaha Ikhwan untuk mencari penyelesaian Perang Iran dan Iraq, ketika perang sedang memuncak, beliau sanggup mengambil risiko untuk bertemu Presiden Saddam Hussein secara bersendirian di Baghdad. 
Youssef Nada mendedahkan bahawa risiko nyawa melayang itu adalah suatu kemungkinan kerana Saddam Hussein adalah seorang pemimpin yang sangat kejam dan boleh bertindak sewenang-wenang di luar jangkaan.
Dari sisi pandang berbeda.
DSAI dan Saudara Thompson.
Iklan promosi program.
Dua naskah; versi Inggeris (kiri) dan terjemahan Bahasa Melayu (kanan).
Saudara Thompson sewaktu mengunjungi Presiden WADAH, Dato' Dr Siddiq Fadzil di rumah beliau di Sungai Ramal Dalam.
II
Buku biografi Youssef Nada ditulis oleh Douglas Thompson, seorang penulis biografi Amerika Syarikat yang prolifik dan seorang wartawan terkenal.  Beliau telah menulis 20 buah  buku dan antara buku biografi yang pernah ditulis oleh beliau ialah mengenai pelakon filem Madonna, Clint Eastwood dan John Travolta disamping buku mengenai Mafia Amerika di Kota London.
Pengalaman beliau  sebagai wartawan lebih dari 20 tahun telah digunakan sepenuhnya untuk mengkaji sejarah Ikhwan Muslimin secara objektif dengan mengutip sumber dari Barat dan Zionis di samping sumber dalaman Ikhwan sendiri.
Adalah suatu yang menarik, seorang wartawan Barat sanggup menulis mengenai seorang tokoh Ikhwan Muslimin yang sangat kontroversial dan pernah dituduh oleh Presiden George Bush sebagai ‘pendana utama kumpulan pengganas’. Thompson mengaku bahawa setelah hampir 3 tahun membuat kajian mendalam mengenai Ikhwan, beliau  berusaha menulis buku ini dengan seadilnya dan objektif.
Malah beliau tidak malu untuk mengaku bahawa setelah menghabiskan projek penulisan ini, beliau amat kagum dengan perjuangan keadilan dan kemanusiaan Youssef Nada. Pernyataan tulus dari seorang wartawan yang berpengalaman tentunya tidak mudah untuk dimanipulasi oleh sesiapa. Ini merupakan testimoni penting tentang kesucian perjuangan Ikhwan Muslimin dan juga Youssef Nada sendiri yang sama sekali berbeda dari apa yang digambarkan oleh Barat.
Thompson mengungkapkan peribadi Yusof Nada sebagai ‘giant in humanity’ dan ‘man of faith’. Beliau menulis dan mengulas penulisannya dengan meletakkan kekaguman terhadap peribadi jujur Yusof Nada dan sejarah kepimpinan Ikhwanul Muslimin yang panjang.
DSAI dan Cikgu Amidi.
Bro Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Saudara Douglas Thompson dan Cikgu Amidi Abdul Manan sewaktu sesi sidang akhbar. 
Ukhwah.
Dari kiri: Presiden PKPIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, wakil dari Pusat Islam Paris; wakil dari Angkatan Belia Islam Afrika Selatan; Cikgu Amidi Abdul Manan (Presiden ABIM); wakil dari al-Qaradhawi Center for Islamic Moderation and Renewal Qatar; serta Saudara Jufitri Bin Joha (Naib Presiden Antarabangsa ABIM).
Bersama Presiden ABIM, Cikgu Amidi dan dua orang tetamu dari Perancis dan Qatar.
Penolong Setiausaha Agung ABIM, Bro Muhammad Faisal Abdul Aziz bersama Dr Abdul Basit, yang mewakili Pusat Islam Paris.
III
Selanjutnya, menurut Thompson, buku ‘Inside the Muslim Brotherhood’ berkisar berkenaan bagaimana setiap manusia itu dilahirkan sebagai insan yang baik. Perbuatan yang tidak baik yang dilakukan oleh manusia, menurut Youssef, adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan pengalaman. Hal ini akhirnya menjadi prasangka dan ketakutan.
Selain menceritakan kepayahan dan dugaan besar yang ditempuhi dalam hidup beliau, buku ini turut mengupas pandangan beliau terhadap beberapa peristiwa penting seperti insiden pengeboman di London pada 7 Julai 2005; Peristiwa 11 September 2011; skandal ‘Iran-Contra’; penculikan Terry Waite di Beirut (Lubnan); tragedi  Lockerbie di Scotland; dan beberapa lagi tragedi dan siri keganasan yang beliau percaya seharusnya tidak berlaku.
Bagi Youssef Nada, isu pengganas (terrorisme) dan Osama bin Laden adalah rekaan Barat yang memperalatkan beberapa anak muda yang bersemangat tetapi kurang ilmu untuk melakukan serangan bersenjata terhadap orang awam atas nama Islam.  Atas alasan memerangi pengganas, umat Islam seluruh dunia menderita sementara gerakan Islam menjadi mangsa penindasan dan pembunuhan. Afghanistan dan Iraq diserang dan ditawan. Boneka baru ditabal menjadi pemimpin negara tersebut.  Strategi pecah dan perintah diteruskan dan kali ini dengan dalang yang baru pula.
Cikgu Khairudin Abas, guru dan mentor saya sedari zaman bangku sekolah. Kini YDP ABIM Selangor.
Bergambar kenangan bersama Dr Zulkifli Hasan, Exco Syariah dan Ekonomi Islam, ABIM dan YDP ABIM Negeri Sembilan. Tulisan dan kajian beliau boleh dirujuk di sini:http://zulkiflihasan.wordpress.com/ 
Bergambar kenangan bersama Ustaz Fetyan Afzan Mehmet, usai program. Kali pertama kami bertemu secara depan mata, selama ini hanya berhubung melalui FB.
Bersama Abang Kang Zaid dan Bro Hasnul Haniff Harun, di gerai buku milik Abang Zaid. Macam-macam buku ada.
Nota dan buku yang baru dibeli.
Tersengih.
IV
Buku ini patut menjadi bacaan wajib bagi setiap pendukung gerakan Islam terutama bagi yang ingin memahami susur galur perjuangan Ikhwanul Muslimin. Walaupun gaya penulisan berbentuk biografi tetapi kandungannya sarat dengan catatan sejarah perjuangan Ikhwan Muslimin sejak pemerintahan rejim Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat, Hosni Mubarak sehinggalah Presiden Mohammad Morsi yang mencapai kemenangan dalam pilihan raya yang lalu  atas nama Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party) iaitu sebuah parti politik yang ditubuh oleh Ikhwanul Muslimin.
Dalam konteks perjuangan Islam di negara ini, kita mungkin akan melalui fasa-fasa perjuangan seperti yang dilalui oleh gerakan Islam terdahulu. Tanggungjawab kita ialah untuk mempelajari pengalaman mereka supaya boleh dijadikan iktibar dan panduan.


--------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. http://www.facebook.com/fadhlinasidek.sidek?fref=ts;
  2. http://www.facebook.com/smartmuz?fref=ts;
  3. http://www.facebook.com/hamdan.kepalabatas?fref=ts;
  4. http://wadahutara.blogspot.com/2013/09/douglas-thompson-inside-muslim.html;
  5. http://ahmadazam.blogspot.com/2013/07/ulasan-buku-inside-muslim-brotherhood.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan