Jumaat, Ogos 16, 2013

Tentang Mesir, manusia dan kemanusiaan.


Cikgu Khairuddin Abas, Yang DiPertua ABIM Selangor.
Logo Angkatan Belia Islam malaysia (ABIM).
 
 
Cikgu Kharuddin menyampaikan pidato ketika berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Negeri Selangor, sebentar tadi.

 
 
 
 
 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor bersama gabungan NGO Islam dan parti politik berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Negeri Selangor, Shah Alam mengecam kekejaman rejim tentera Mesir ke atas pejuang gerakan Islam. Perhimpunan ini dianjurkan di setiap masjid negeri selepas Solat Jumaat sebentar tadi.
Duhai umat Islam! Saudara-saudaramu sedang disembelih di Mesir. Keadilan, Hak Asasi Manusia, dan kesedaran sedang dibunuh di Mesir. Tidakkah kalian bisa mendengar? Apakah kalian tidak mampu melihat?

Bilakah kalian semua akan sedar bahawa saudara-saudaramu sedang bermandikan darah? Sayang.... kalian langsung tidak ‘sedar’ tentang apa yang berlaku di Syria! Hatta setelah ribuan orang menjadi mangsa kalian lebih selesa membisu seribu bahasa! Sampai bilakah ini akan berlaku?

Sedarlah, perkara yang sama mungkin akan menimpa anda pada bila-bila masa sahaja (esok)?

Wahai Dunia Islam! Saudara-saudaramu sedang dibunuh. Kalian tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, kalian hanya perlu menjadi manusia.”

- Recep Tayyib Erdogan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan