Rabu, Mei 01, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013.


Novel ‘Selangor vs Kedah’ karya Joe Lerry. Satu-satunya novel tentang demam bola sepak era Semi-Pro, terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd, 1995.
CBSM, hasil nukilan Lucius Maximus dan Jemaah Penggila Bola Sepak Malaysia. Kaya dengan fakta dan kisah menarik.
CMTKPD, naskah yang padat dan mantap. Sudah beberapa kali diulang cetak.
Dari KLCC ke Tanjung Malim, yang membuatkan pembacanya ketawa seorang diri.
Once Upon A Time, karya indah kartunis lagenda Gila-Gila, Nud's. Nostalgik.
Hasil borongan minggu ini. Alhamdulillah.
Papan tanda gergasi, PBAKL 2013 berhampiran pintu masuk PWTC, KL. 
------------------------------------------------------------------
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013

I
Alhamdulillah, saya sempat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 yang seperti mana tahun-tahun sebelumnya, dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 26hb April 2013 hingga 4hb Mei 2013. Acara pesta buku tahunan yang terbesar dan penting di negara ini merupakan acara ‘mesti pergi’ yang sering diselitkan dalam ‘planner’ tahunan para pencinta buku dan ilmu. Saya tidaklah memborong buku dengan kadar yang banyak untuk edisi kali ini, agar saya dapat menghabis-baca dan menghadam buku-buku yang saya beli itu. Hal ini bagi mengelakkan buku-buku yang saya beli tidak saya baca dan sekadar menjadi hiasan dalam almari buku.

Poster promosi.
Sofa Putih dan Gebang Naskah Legasi Oakheart.
Antara naskah yang menarik, "Chinese Muslims in Indonesia", kisah komuniti Cina Muslim Indonesia yang jarang dipaparkan.
Gambar kenangan bersama Ustaz Don. Alhamdulillah.

II
Bertempat di Sofa Putih, Gerai ITBM, Legasi Oakheart (LO) telah mengadakan ‘Gebang Naskhah Legasi Oakheart’ bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Wawancara ini diadakan bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang dikendalikan oleh Fathul Khair yang bertindak sebagai moderator bersama panelis iaitu para pengasas Legasi Oakheart iaitu Hafiz Latiff, Sayidah Mui’zzah dan Nora Nabila.

Naskhah-naskhah LO seperti ‘Elegan’, ‘Cantuman Mimpi’, ‘Retrospeksi’ dan ‘Anti Realiti’ antara karya yang digebangkan dalam wawancara dua jam tersebut. Wawancara tersebut juga membincangkan tentang hala tuju, matlamat dan perjuangan LO. Dari segi idea, Legasi Oakheart telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, ianya ditubuhkan secara rasmi pada bulan April 2012 oleh sekumpulan penulis muda. Legasi Oakheart menguruskan hal penerbitan buku, bengkel penulisan kreatif, juga mengendalikan acara seni dan sastera di serata Malaysia. 


"Keroncong Untuk Ana", bersama tiupan seruling yang mendamaikan.
Antara bahan bacaan yang dijual di PBAKL 2013.
Iklan promosi, sebuah forum ketika PBAKL yang menggandingkan Ustaz Zahiruddin dan Ramlee Awang Murshid, penulis prolifik. 
Ustaz Zahiruddin Zabidi, seorang pencinta buku dan ilmu.

III
Sementelahan, saya sempat bertemu dengan pengolah buku ‘Cerita Kak Wan: Citra Pesona Seorang Wanita’ di Gerai Jundi Resources sewaktu PBAKL di PWTC itu. Insan yang saya maksudkan ialah Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, atau lebih dikenali dengan nama pena, Zahiruddin Zabidi. Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Yuk TseTumpatKelantan dan seterusnya dihantar ke Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-QiraatRepekPasir Mas selama setahun untuk mendalami asas penghafazan Al-Quran dan pengajian kitab tua. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat menengah di beberapa buah sekolah agama (Arab) Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan mengakhiri zaman sekolah menengahnya di Maahad Muhammadi Tumpat pada tahun 2002. 

Beliau kemudiannya diterima masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya dalam jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan (Econs), namun disebabkan konflik yang timbul beliau terpaksa menangguhkan pelajaran untuk bekerja dahulu. Pemegang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Awam, Diploma Usuluddin dan sekarang calon Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) ini telah menghasilkan beberapa karya seperti: ‘Rabiatul Adawiyah’; ‘Kembara Lima Putera: Mencari Pohon Emas’; ‘Nian Hati Salsabila’; ‘Aminah: Cinta Puteri Quraisy’; ‘Fatimah’; ‘Srikandi-Srikandi yang Benar’; ‘70 HADIS: Mudah Hafal Mudah Amal’ dan ‘Surat untuk Carolynn’.

Kulit depan, buku Cerita Kak Wan.
Autograf Ustaz Zahiruddin.
Ustaz Zahiruddin sedang menandatangani naskah milik saya.
Bergambar kenangan bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi.
Iklan promosi buku Kak Wan.
IV
‘Cerita Kak Wan’ lahir daripada suara seorang wanita yang dikentalkan oleh dugaan. Naskah ini menceritakan persahabatan dan perpaduan orang Islam dan belum Islam yang menyentuh hati. Buku ini juga harus dibaca oleh wanita yang bergelar isteri yang sangat cintakan suaminya. Buku ini harus dimiliki oleh setiap remaja terutama remaja perempuan untuk dijadikan contoh kerana Kak Wan merupakan pelajar perubatan terbaik (Penerima Anugerah Pingat Emas) Royal College of Surgeon, Ireland pada tahun 1977. Bahkan namanya tercatat sebaris dengan pelajar asing pada dinding kolej tersebut.

Dalam buku ini, Kak Wan bercerita tentang kenangan, idealisme, malah suka dan duka yang beliau lalui. Kepada para sahabat budiman sekalian yang berjunjung ke PBAKL, boleh dapatkan buku ini di gerai-gerai berikut: Jundi Resources; Kemilau Publika; Pustaka Azhar; Gerak Budaya; dan Alam Raya. 50 halaman awal naskhah ini boleh dibaca dan dimuat turun secara percuma di sini: 

Logo ABIM.
Dr. Zulkifli dan Dr. Rumaizuddin bersama hadiah masing-masing. Dr Zul merupakan Exco Syariah dan Kewangan Islam ABIM, manakala Dr Rumaizuddin merupakan mantan Timbalan Presiden ABIM. Kedua-duanya kini berkhidmat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.
Anugerah MAPIM 2012.
IV
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat dua pemimpin besar Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Zulkifli Hasan dan Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali yang baru sahaja memenangi Anugerah Penerbitan Ilmiah Terbaik, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) 2012. Kedua-duanya adalah cendekiawan Muslim yang budiman dan tidak lokek ilmu.

MAPIM adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik. Ahlinya terdiri daripada semua penerbit Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pusat penyelidikan di Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian anugerah MAPIM ini adalah berdasarkan hadiah atau pengiktirafan yang telah diperoleh, iaitu dengan memilih yang terbaik di dalam hasil penulisan dan profesion masing-masing. Semoga kecemerlangan dua tokoh ini dapat dijadikan tamsilan yang baik buat sekalian anak muda khususnya, dan umat Islam di Malaysia secara amnya, in sya ALLAH. Khalas.

------------------------------------------------------------------

Sumber dan Pautan:
  1. http://www.facebook.com/ibnrahim;
  2. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=639138042766618&set=a.103413179672443.6276.100000112853698&type=1;
  3. https://www.facebook.com/pages/UniKaryacom/347528695357808;
  4. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200547545402462&set=a.2108289118152.2115936.1573303206&type=1&relevant_count=1;
  5. http://www.1mapim.my/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan