Isnin, Mac 25, 2013

Belasungkawa: Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady.


I
Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di UIAM, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jualah kita kembali. Semoga jadi peringatan yang baik untuk kita semua. Kita juga bakal menyusul, pulang ke kampung asal.

II
Ustaz Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9hb Februari 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah. Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969. Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973. Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

-------------------------------------------------------


Sumber dan Pautan:

  1. http://www.facebook.com/ABIMPUSAT?fref=ts;
  2. http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/526920_633589379991075_1489794961_n.jpg;
  3. http://syahrilkadir.wordpress.com/2013/03/25/tenangnya-melihat-jenazah-dr-uthman-el-muhammady/;
  4. http://www.facebook.com/ahmadfahmi.mohdsamsudin?ref=ts&fref=ts.

3 ulasan:

  1. soal ketepatan maklumat sukar hendak dipastikan, yang pastinya masih banyak maklumat berkaitan "manusia yang mempunyai pelbagai wajah (bercakap berdasarkan khalayak)" - [sekadar memetik terma dari blog] ini yang boleh diketengahkan termasuk penentangan sahabat-sabahat beliau (kebanyakan aktivis-aktivis lama ABIM) lewat 2-3 tahun ini dan sebab-musabab yang mendasari keputusan tersebut.

    BalasPadam